Salam ukhuwah untuk semua....

sesungguhnya sebagai umat ISLAM,matlamat hidup kita hanyalah satu iaitu mencari keREDHAan ALLAH dalam setiap tindak tanduk kita..tidak kira apa yang kita lakukan,wajiblah mendapat keredhaanNYA...

Friday, 21 October 2011

Zikir menenangkan jiwa..

Assalamualaikum wbt...
Ana panjatkan kesyukuran ke hadrat ALLAH kerana masih memberi peluang kepada diri ini untuk meghirup udara kepunyaanNYA seterusnya bertaubat daripada dosa2 yang pernah dilakukan secara sengaja ataupun tidak..alhamdulillah
Pada saat ini,ana sebenarnya mengalami ketidak tenteraman jiwa..yakni jiwa terasa resah gelisah..seperti ada sesuatu yang tidak kena..perasaan yang timbul ini  mungkin disebabkan khilaf dan dosa2 ana kepadaNYA ..astaghfirullahal 'adzim..tubtu  ilallah..dan untuk menenangkan kembali jiwa yang resah ini,ana perlulah memperbanyakkan zikir yakni mengingatiNYA serta mengisi hati yang sedikit gersang ini dengan menghadiri majlis2 ilmu yakni taman2 syurga yang pastinya mendapat naungan para malaikat..insyaALLAH..
Sebagaimana mafhumNYA dalam surah al-baqarah,ayat 152:
  "Kerana itu,ingatlah kamu kepadaKU,nescaya AKU ingat kepadamu,dan bersyukurlah kepadaKU dan jangan kamu mengingkari(nikmat)KU.."
Dan sesungguhnya ALLAH itu MAHA PENGAMPUN lagi PENYAYANG kepada hamba2NYA..DIA akan mengampunkan segala dosa hamba2 yang memohon keampunanNYA melainkan dosa mereka yang menyekutukanNYA dengan sesuatu..na'udzubillah min dzalik..orang yang mahu bertaubat itu mestilah insaf dan bertaubat dengan bersungguh2..serta berazam tidak akan mengulangi perbuatan dosa tersebut..dan mengembalikan hak kepada orang mempunyai hak tersebut..
*doa ana supaya ALLAH tidak menyibukkan kita dengan urusan dunia,tetapi dengan urusan akhirat..
wallahu a'alam..

Wednesday, 12 October 2011

Tahun ke2 sebagai mahasiswa..

Assalamualaikum wbt..
  Pada hari ini,sudah genap seminggu ana meninggalkan tanah air tercinta demi meneruskan jihad di bumi Mesir yang masih berbaki 5 tahun lagi...insyaALLAH..
  Setelah ana berada di Tahun 2 Perubatan ini,jadual kami bertambah padat...kuliah kami akan bermula dari pukul 9 pagi hingga 5 petang setiap hari...kecuali hari jumaat dan sabtu kami diberi cuti...alhamdulillah:) jadi hampir setiap hari kami akan tiba di rumah apabila senja sudah menjelma..*inilah harga sebuah pengorbanan yang perlu dibayar demi sebuah kejayaan akan datang...bersusah2 dahulu,bersenang2 kemudian..:)
 Sebagai seorang pelajar yang sedang meningkat matang dengan selok-belok kehidupan di kota Kaherah ini,ana sepatutnya 'sudah arif ' dengan kehidupan di tanah arab ini dan sudah boleh berkomunikasi dengan menggunakan bahasa arab 'ammiah...tapi sehingga sekarang,ana masih lagi 'terkulat2' hendak membalas percakapan orang arab yang bertanya dan'bercerita' dengan ana..bukannya ana tidak faham,tapi disebabkan kekurangan 'vocab' ,maka susahlah untuk membalas kata2 mereka..walaubagaimanapun,usaha untuk mendalami bahasa arab 'wajib' diteruskan kerana bahasa arab merupakan bahasa syurga..^_^selain itu,bahasa arab sangat diperlukan ketika ana dan sahabat2 berada di Tahun 4 sewaktu klinikal year nanti,insyaALLAH...~:)
  "Dugaan"...tanpa dugaan dan cabaran,maka hidup ini tidak akan menjadi 'indah'..kerana jika hujan tidak turun ketika hari panas,maka pelangi tidak akan menjelma..begitulah hendak diibaratkan bahawa setiap manusia itu pasti akan menghadapi liku2 kehidupan yang berbeza..akan menempuh onak duri dan ujian yang pasti akan menguji tahap kesabaran seseorang itu..semua itu berlaku kerana ALLAH menyayangi hamba2NYA dan hendak menguji tahap keimanannya..
  Perkara inilah yang dapat ana jadikan 'ibrah demi menghadapi masa depan yang pastinya lebih mencabar terutama apabila ana sudah bergelar doktor suatu hari nanti,biiznillah...
wallahu a'alam..

Tuesday, 6 September 2011

Salam lebaran..

Assalamualaikum wbt..
Termasuk hari ini,sudah 9 hari kita sebagai umat Islam berada dalam bulan Syawal..ini juga bermakna baki masa untuk ana berada di Malaysia tinggal sebulan sahaja lagi..dan alhamdulillah,kita telah melalui 29 hari di bulan Ramadhan dengan selamatnya...^_^
Salam lebaran kepada semua umat Islam...

Dan dengan berlalunya bulan yang penuh barakah itu,adakah diri kita masih tetap sama seperti dulu??jika tiada sebarang perubahan ke arah kebaikan telah berlaku,ini mungkin bermakna kita tergolong dalam kalangan orang2 yang rugi.. ini adalah kerana kita gagal menjadikan bulan Ramadhan sebagai 'madrasah' untuk mentarbiah diri sendiri..sekiranya kita tidak mampu melakukan perubahan yang besar,perubahan yang sedikit juga sudah dikira baik dalam mendidik jiwa menjadi mukmin yang sejati secara perlahan2..mari kita tepuk dada dan tanyalah iman kita....adakah ia semakin bertambah ataupun berkurang ataupun sama sahaja?
Sehingga ke saat ini,banyak perkara baru yang telah ana balajar melalui tazkirah2 sepanjang bulan Ramadhan,ceramah di ikim.fm,nasihat2 daripada ibu ayah,sahabat2 dan banyak lagi...ana bersyukur kerana ALLAH masih memberi peluang untuk ana memperelokkan peribadi dan akhlak serta sentiasa memperbaharui iman yang kadangkala naik dan turun..ALLAH...terlalu banyak khilaf yang telah ana lakukan..
terasa diri yang kerdil ini tidak bernilai disisiNYA..:'(
Antara perkara yang ana sangat terkesan adalah janganlah kita menjadi seorang yang merendah diri tetapi jadilah seorang yang merendah hati..ini kerana seorang yang terlalu merendah diri sebenarnya tidak yakin dengan keistimewaan yang dikurniakan ALLAH kepada dirinya..dia sentiasa merasakan dirinya 'kurang' berbanding orang lain..dalam erti kata lain,dia sebenarnya tidak bersyukur dengan pemberian ALLAH itu..bukankah setiap manusia itu mempunyai keistimewaan yang berbeza?jadi kita tidak boleh bersikap cemburu dengan kelebihan orang lain melainkan kepada 2 golongan..sebagaimana hadis Rasulullah SAW dari kitab sahih muslim:
 "Tidak ada hasad(cemburu) dibenarkan kecuali terhadap dua orang;iaitu orang yang ALLAH berikan harta,dia menghabiskannya di jalan kebaikan.Dan orang yang diberikan ilmu,dia beramal dengan ilmu tersebut dan mengajarkannya kepada orang lain.."
sekian,wallahu a'alam..

Tuesday, 2 August 2011

Summer Breaks

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah dan setinggi2 syukur ana panjatkan ke hadrat ALLAH kerana masih memberi ana ruang dan nafas untuk ana hidup di atas muka buminya ini..oleh itu,ana tidak boleh melepaskan peluang ini untuk sentiasa memperbaiki kelemahan diri sendiri bagi menyediakan diri sebelum menemuiNYA...insyaALLAH
Sebenarnya disini,ana teringin untuk mencoret sedikit pengalaman yang ana perolehi sewaktu summer breaks sebelum pulang ke Malaysia..selepas sahaja exam tamat,aktiviti pertama yang ana dan sahabat2 lakukan adalah membuat majlis jamuan BBQ pada 15 julai anjuran ajk batch kami dengan tujuan mengeratkan silaturrahim diantara kami serta untuk meraikan diri kami sendiri yang baru sahaj selesai menduduki final exam..dalam jamuan ini.macam2 makanan yang disediakan seperti nasi lemak,ayam bbq,sosej bakar,puding,agar2 mangga,kek coklat dll....=) ana dan sahabat2 telah bergotong-royong bagi menyediakan semua makanan tersebut..
Pada 17 julai,ana,fatin nadhirah,dan eyma telah bertolak ke Mansoura bersama kak Anis,kak Ika dan kak Leen...inilah pertama kali ana menjejakkan kaki ke Mansoura...sampai sahaja di sana,ana terpegun melihat keadaan sekeliling yang 'lebih bersih' berbanding di Kaherah..kami telah bermalam di rumah kak Caq..sepanjang 3hari 2 malam ana di sana,kak Anis dan sahabat2nya telah membawa kami berjalan2 di Siqah..haa..,kat sini lah tempat kami memborong jubah..kerana terdapat banyak sangat pilihan jubah yang pelbagai mempunyai harga dan saiz..semua jubah lawa2..sehingga kami menjadi rambang mata...hahaha^_^ kat sini lah tempat ana menghabiskan duit memborong 10 helai jubah...heheh..tapi bukan semua ana punya ye,ramai orang kat Malaysia yang kirim suruh ana belikan..sebab jubah kat sini murah2 dan cantik2...~
kami bergambar di Mansoura yang berlatar belakangkan sungai nil iaitu sungai yang terpanjang di dunia....
Setelah menghantar seorang housemate yang pulang ke Malaysia,kami meneruskan percutian menuju ke Tanta..hehe...tujuan utama ke Tanta adalah untuk menziarahi seorang sahabat kami,kak mira sambil membeli-belah...amboi..,membeli-belah je kerja ana....=D
di Tanta,sementara menunggu bakso yang tak siap2,kami bergambar dulu..huhu

Selain itu,ana juga telah pergi ke Fayyum bersama kak syuhada dan eyma..kami pergi di bawah anjuran bkan Perak..bayaran yang dikenakan adalah 75LE setiap seorang..
Fayyum adalah sebuah daerah ataupun kawasan yang menjadi pusat pemerintahan dan tumpuan penduduk pada zaman dahulu..seperti zaman nabi Yusuf dan zaman Qarun..Fayyum merpakan sebuah daerah yang mempunyai tanah yang subur..pelbagai jenis pertanian dilakukan seperti penanaman bunga matahari,dll...kami juga dapat melihat tasik Qarun yang pada asalnya merupakan sebuah ladang yang sangat luas..menurut ustaz Mujahid,musyrif rehlah kami,Qarun pada asalnya merupakan seorang yang miskin..kemudian,dia meminta nabi Musa AS agar mendoaknnya..setelah itu,baginda mengajar Qarun cara2 membuat emas..berikutan itu,dia menjadi seorang yang sangat kaya raya tetapi yang amat mendukacitakan,Qarun menjadi seorang yang lupa diri dan tidak mahu beriman dengan ajaran Musa AS..dia juga menggunakan hartanya untuk diberi kepada firaun bagi melakukan kerosakan dan kezaliman di atas muka bumi...dia juga menjadi seorang yang amat mementingkan diri kerana tidak mahu berkongsi hartanya dengan fakir miskin..sebagai akibatnya,ALLAH telah menurunkan azab dengan menerbalikkan seluruh hartanya dan terjadilah sebuah tasik.. Qarun juga mati kerana ditelan bumi sehingga jasadnya tidak ditemui...subhanallah!!!terdapat seribu satu hikmah daripada azab yang telah menimpa makhluk ALLAH yang derhaka itu..setelah harta2nya bertukar menjadi tasik,ia boleh dimanfaatkan oleh seluruh manusia sebagai sumber air,sumber pendapatan,dll..
tasik Qarun yang sangat luas  menggambarkan harta kekayaannya sangat banyak ...

seterusnya,kami telah  meneruskan perjalanan ke Syallalat iaitu satu2nya air terjun yang terdapat di tengah2 padang pasir ini..sungguh menakjubkan...

 ramai orang arab yang seronok bermandi manda di syallalat..wee~
Air terjun ini juga menjadi kebanggaan orang2 arab di Mesir ini..bak kata musyrif kami,sehingga ke saat ini,mereka tidak menjumpai di mana punca air terjun tersebut...wallahu a'alam
ana bergambar kenangan di Buhairoh Ulaa...
kami juga sempat mendayung sampan di sana ...heheh
 Destinasi kami yang seterusnya adalah ain silin,kebun mangga dan anggur..huhu...sebut sahaja kebun mangga,pasti ingatan ini kembali ke tanah air tercinta...kerana apabila anda pergi ke kebun ini,anda pasti berasa anda berada di bumi Malaysia....huhu^_^ rindu!!
Ain silin merupakan mata air yang mengandungi pelbagai zat yang diperlukan tubuh badan manusia....sebelum pulang,kami juga tidak melepaskan peluang untuk membeli buah mangga sebagai ole2..huhu...~
wahh.....pertama kali ana melihat pokok anggur.....
Dan tempat terakhir yang menjadi kunjungan kami pada hari tersebut adalah kincir nabi Yuuf AS..menurut senior2 yang mengikuti lawatan tersebut,jika kita mendengar dengan teliti pergerakan kincir air tersebut,kita akan dapat mendengar seolah2 bunyi suara azan ataupun bertasbih...tetapi sejauh mana kebenarannya,hanya ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI..

Kincir air nabi Yusuf AS...
Sekian,wallahu a'alam...

Wednesday, 13 July 2011

Cabaran musim peperiksaan.

Assalamualaikum wbt..
Pertama2nya ana nak ucapkan alhamdulillah,kerana hari ini ,13julai,pada pukul 11pagi(waktu Mesir),ana dan sahabat2 dengan rasminya telah selesai menduduki final exam..huhu..hati ni memang gembira kerana perjuangan kami selama sebulan lebih yang bermula dari 11jun,telah pun berakhir tadi...alhamdulillah..=)
dan sekarang hanya tinggal masa untuk berdoa dan bertawakkal ..mudah2an walau apa pun natijah yang bakal kami perolehi,ia adalah yang terbaik buat kami...amin~
Dan sepanjang dalam musim peperiksaan,bermacam ujian dan cabaran yang telah ana dan sahabat2 tempuhi..ya,sememangnya setiap ujian itu datang daripada ALLAH..sesungguhnya DIA mahu menguji sejauh mana tahap keimanan kita kepadaNYA..sebagaimana firman ALLAH dalam al-quran,surah al-ankabut,ayat2:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan(saja) mengatakan, 'kami telah beriman',sedang mereka tidak diuji lagi?"
Sabar itu adalah separuh daripada iman.
Sebagai manusia biasa,ana menganggap ujian2 ini adalah untuk mematangkan diri dan mengajar ana erti kehidupan yang sebenarnya..mungkin dengan ujian tersebut,ana akan menjadi lebih kuat untuk menghadapi cabaran yang lebih besar pada masa hadapan..
Sesungguhnya telah tercatat dalam surah al-baqarah,ayat 286 yang bermaksud : "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..."
Pernah dalam minggu kedua exam,rumah kami terputus bekalan air semalaman..huhu...sehingga ana dan ahli bait2 yang lain terpaksa menumpang di rumah kawan untuk membersihkan diri..^_^ hehe..
sabar je la,time tu baru ana terasa betapa berharganya setiap titis air yang mengalir di sinki dapur rumah kami yang loose paipnya...sebab nak ambil wudhu' pun,kami tak de bekalan air yang betul2 bersih dan suci..memang haru~
Pada minggu keempat pula,ana dan 2 sahabat pergi ke 'gawazat'(kalau kat Malaysia,kita panggil Imigresen) sebab nak ambil visa..huhu..yang tensionnya,kami sampai pukul 8.45pagi,tapi kami balik pukul 11.45pagi...semua ni sebab pegawai tu postpone sekejap passport kami disebabkan kami tersilap bagi salinan surat tawaran universiti...jadi,kami terpaksa tunggu dia settlekan dulu semua visa orang lain sebelum siapkan visa kami(orang yang datang lambat dari kitorang pun,visanya siap dulu..aish..) haru betul~
Selain itu,ana juga tidak terlepas daripada mengalami ujian dalam persahabatan.bak kata pepatah melayu,sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula suami isteri..perkara ini memang menyedihkan tetapi ana sedar terdapat hikmah yang besar disebaliknya...dan ana juga sedar bukan sebenarnya senang untuk menjaga hati orang..
Uhibbuki fillah abadan abada.
Tetapi walau pelbagai dugaan menimpa,alhamdulillah ana telah melaluinya dengan baik..semoga ALLAH mengampuni dosa2 dan merahmati diri ini di dunia dan akhirat..
sekian,wallahu a'alam.

Saturday, 9 July 2011

Aurat wanita

Assalamualaikum wbt...
Pada malam yang hening ini,ana baru sahaja menghabiskan hafalan juz 'amma kerana pada esok hari,ana akan menduduki exam Al-quran yang akan bermula pada jam 10pagi(waktu Mesir)...sebelum mata terlelap,fikiran ini tiba2 berputar teringat peristiwa sehari sebelum hari jadi ana (6julai..heheh)...^_^
kejadian dimana ana bersama 2 sahabat singgah ke musolla di mall untuk menunaikan solat asar..di sana,ana lihat sekumpulan pelajar melayu (p) sedang bergilir2 menunaikan solat disebabkan ruangan yang kecil.mereka solat menggunakan pakaian yang dipakai ketika itu. keadaan tersebut adalah perkara biasa yang dapat kita lihat dalam kalangan pelajar melayu di bumi Mesir ini..ianya tidak menjadi masalah kerana solat sah selagi pakaian yang dipakai dikira menutup aurat.. =)insyaALLAH
tiba2,ana merasa terpanggil untuk melihat gelagat salah seorang daripada mereka yang memakai jeans dan t-shirt berlengan tiga suku.dia sedang mencari ' jubah labuh' (pakaian untuk solat mcm telekung) untuk dipakai. ketika itu,ana terfikir dan bermonolog sendirian,dia tahu pakaian tu tak sesuai nak dibawa solat...jadi,apakah dia tidak sedar bahawa pakaiannya itu tidak menepati syarak?bukankah aurat wanita itu adalah seperti mana pakaiannya di dalam solat...
Ketahuilah,sesungguhnya aurat wanita itu adalah meliputi keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan sepertimana pakaian kita didalam solat..
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan....
Sebagaimana firman ALLAH dalam surah al-ahzab,ayat 59 :
"Hai Nabi,katakanlah kepada isteri2mu, anak2 perempuanmu,dan isteri orang2 mukmin,'Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka' ,yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal , kerana mereka tidak akan diganggu,dan ALLAH adalah MAHA PENGAMPUN lagi MAHA PENYAYANG."
Oleh itu,sedarlah wahai kaum muslimah..menutup aurat merupakan perkara wajib yang diperintahkan oleh ALLAH apabila bertemu dengan lelaki yang ajnabi..sebagai hamba,kita wajib menurut perintah ini tanpa memberikan sebarang alasan..takutlah kita kepada azabNYA yang sangat dahsyat....yakinlah,sesungguhnya setiap perintah ALLAH itu mengandungi sejuta hikmah yang kadangkala tidak kita sedari..dan ALLAH MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik untuk hamba2NYA..
Semoga perkara ini menjadi pengajaran kepada sahabat kita ini dan kita semua... ana juga mendoakan agar ALLAH memberinya hidayah untuk menutup aurat dengan lebih sempurna lagi..amin
sekian,wallahu a'alam..

Saturday, 4 June 2011

Hablumminallah wa hablumminannas

Assalamualaikum wbt..
Malam ini sewaktu ana sedang duduk2 berehat,tiba2 fikiran ana menerawang jauh teringat kisah pertemuan ana dengan seorang senior dari Zagazig, kak fara(bkn nama sbnr) ketika di Bahrain dulu...ana dan sahabat2 lain ketika itu sedang transit semalaman di Bahrain sebelum flight ke Mesir keesokannya..kami berbual2 dan ana sibuk bertanya itu ini kepadanya..huhu..maklumlah,pertama kali nak menjejakkan kaki ke sini,macam2 benda ana nak tahu..=)
Ana juga bertanya bagaimana cara study dengan betul...bukan apa,sebab kak fara ni dapat mumtaz time dia 1st year dulu..ana kagum dan nak jadikan sumber inspirasi untuk jadi macam dia jugak...insyaALLAH..hehe
Antara nasihat kak fara yang ana ingat sampai sekarang, "jadi budak medik ni,awak kena rajin belajar,jangan malas2,sebab subjek medik ni bukannya sikit,tapi sangat banyak...." pstu kak fara sambung lagi, "jangan jadi macam seorang kawan akak ni,dia memang tak study...banyak buang masa dengan tengok movie,tak pun banyak main game..,pastu bila exam dah dekat,baru terkejar2 nak study..last2 bila result keluar,dia dapat rasib." "akak bagitau ni bukannya nak memburuk2an dia,tapi sebagai pengajaran untuk awak.." hm..lebih kurang camtu la kak fara cakap kat ana.. ana yang mendengar cerita itu,terdiam sekejap..dalam hati ana berkata2,ada juga orang macam ni kat dunia ni ye...belajar medik tapi,boleh pulak main2..ish,janganlah ana jadi macam tu,na'uzubillah.
Dan alhamdulillah,sekarang ana sudah 9 bulan menjadi anak perantauan di bumi anbiya' ini..dari pertama kali ana sampai ke mesir sehingga sekarang,sudah bermacam dugaan yang ana alami...dari dugaan dalam pelajaran,hubungan persahabatan dan masalah peribadi...dan sejak menjalani kehidupan di mesir ini juga,ana dah belajar banyak benda baru..ana boleh mengenal budaya masyarakat arab dan belajar bahasa  mereka.. memang seronok..=)
Selain itu,ana juga belajar untuk menguruskan diri sendiri,makan pakaian, kerana tiada ibu disisi untuk membantu...kesemua pengalaman ini sangatlah berharga dan banyak menjadikan ana semakin matang demi menghadapi kehidupan pada masa depan..
Apabila kita tinggal di perantauan,bermakna kita akan jauh daripada ahli keluarga..jadi,orang2 yang akan menjadi 'ahli keluarga' kita adalah sahabat2 seperjuangan.mereka akan bersama2 kita melalui susah senang ketika hidup di bumi orang..setiap apa yang kita lakukan akan bersama sahabat..
Sekiranya kita ada masalah,tempat pertama sekali untuk mengadu adalah ALLAH..sebagaimana firman ALLAH dalam al-quran :
 " dan berkata Tuhanmu,berdoalah kepada-KU,nescaya akan AKU perkenankan kepadamu.."
kemudian,kita pasti akan mengadu kepada sahabat kerana merekalah orang yang terdekat dengan kita ketika itu..oleh itu,di sini kita dapat lihat betapa pentingnya untuk kita menjaga hubungan dengan ALLAH dan semua manusia...kerana apabila kita menjaga 'hablumminallah wa hablumminannas' ini,insyaALLAH kejayaan akan mengiringi kita di dunia dan akhirat..~
sekian,wallahu a'alam.

Tuesday, 24 May 2011

Istiqamah

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah,ana panjatkan ke hadrat Ilahi kerana sehingga ke hari ini,sudah hampir setahun ana menjalani kehidupan di bumi orang tanpa kehadiran ahli keluarga di sisi...ana juga telah menempuhi pelbagai liku2 kehidupan di bumi Mesir ini yang sememangnya penuh dengan bermacam ujian dan cabaran yang kadangkala tidak terjangka..sesuai dengan ejaan 'Mesir' itu sendiri dalam bahasa arab : 'mim,shod,ra...'
       mim:musibah
       shod:sabar
       ra :redha
mudah2an setiap ujian yang diberiNYA itu,akan mampu mengajar ana erti kehidupan yang sebenarnya dan menjadikan ana semakin matang seiring dengan usia yang semakin meningkat dari sehari ke sehari..
sesungguhnya ana yakin dengan bait2 kata: "setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya..." ya,hikmah yang sangat baik yang terkadang kita tidak dapat melihatnya sekarang...

dan pada tarikh 11jun nanti,akan bermulalah final exam yang bermula dengan subjek physiology.ini menandakan ana bakal menamatkan pengajian di Tahun1...wah,memang cepat masa berlalu..terasa macam baru kelmarin ana keluar STAM.....terasa macam baru semalam ana menjejakkan kaki ke bumi Mesir ini..segala2nya terasa singkat...sekarang..,tup..tup,dah nak final exam...cuak la plak...hee=)apabila memikirkan tentang peperiksaan,ana merasa gerun kerana mengingatkan banyaknya buku yang ana perlu khatamkan..banyaknya fakta yang ana kena hafal.." ya ALLAH..aku memohon pertolonganMU,tanpa rahmat dan pertolonganMU,pasti aku tidak akan mampu menghadapi peperiksaan dengan baik..sudah pasti kejayaan bukan menjadi milikku.."
dan ana telah melakukan sedikit persediaan dari segi fizikal dan rohani demi menghadapi exam tidak lama lagi..seperti menjaga kesihatan dan buat revision mana yang patut....huhu..ana juga berazam hendak melakukan yang terbaik dalam exam kali ini..jika ALLAH mengizinkan,ana mahu menebus kembali result SPM dahulu yang tidak memuaskan hati dengan memperolehi mumtaz...insyaALLAH
ana juga suka mendengar kata2 ini: "manusia memang suka berusaha mencari 'miracle'(keajaiban) tapi tidak berusaha untuk menjadi 'miracle' itu.." kata2 ini telah memberi inspirasi kepada ana untuk cuba menjadi 'miracle' itu sendiri..jika dulu,ana suka melihat sikap istiqamah seorang sahabat ana..setiap hari,dia akan bangun awal pagi, menunaikan solat dhuha,membaca ma'thurat pagi dan petang,bersiap2 dan pergi ke kuliah pada masanya serta study jika ada masa lapang....melihat rutin hariannya,sedikit sebanyak mengajar ana untuk menjadi seseorang manusia yang lebih 'baik',lebih punctual,lebih rajin....insyaALLAH
dan kini,alhamdulillah ana sedang berusaha meng'islah' diri ke arah yang lebih baik..ana sedang belajar untuk menjadi seorang yang lebih  istiqamah dalam amalan2 seharian..ana juga belajar untuk menjadi seorang yang yakin dengan diri sendiri..walaupun result SPM ana tidak memuaskan,ana kena bersangka baik semua itu pasti ada hikmahnya..kini,ALLAH telah melorongkan jalan untuk ana mengambil medik..sesungguhnya ALLAH MENGETAHUI apa yang terbaik buat diri ini. jadi,tentu ana juga mampu bawa subjek medik (setelah DIA melorongkan jalan ini untuk ana),cuma ana hanya perlu berusaha dan tidak lekas berputs asa dengan rahmatNYA....bak kata seorang senior medik Tahun2,kak husna : "medik bukan untuk orang yang pandai tetapi untuk orang2 yang rajin.." jadi,ana harus berusaha sedaya yang ana mampu untuk melakukan yang terbaik dengan melakukan apa2 yang patut...
mudah2an dengan berbekalkan istiqamah dan usaha ana yang tidak seberapa itu,ALLAH akan membantu ana dalam menjawab soalan dalam exam  nanti..insyaALLAH..doakan kejayaan ana!!
sekian,wallahu a'alam..

Saturday, 9 April 2011

Siapakah kita??

Assalamualaikum wbt...
Semalam ana telah pun menghadiri usrah yg diadakan di rumah....alhamdulillah ia sedikit sebanyak dapat mengisi kekosongan jiwa yg ana rasakan gersang sejak akhir2 ini...tajuk yg kami bincangkan adalah "Siapakah kita?" sungguh! tatkala mendangar topik tersebut,pelbagai jawapan yg berlegar2 di benak ini...
Ya,persoalannya di sini siapakah kita sebenarnya?pelajar?anak?wanita?atau sekadar seseorang yang bergelar manusia?fikiran ana masih ligat mencari jawapan yang paling tepat..
Jawapannya , kita adalah hamba dan khalifah ALLAH di muka bumi ini...tujuan kita diciptakan tidak lain tidak bukan hanyalah untuk beribadah kepadaNYA dengan mentaati segala perintah dan meninggalkan apa yg dilarangNYA...telah tercatat di dalam al-quran tentang firman ALLAH yang mafhumya :
              "...tidak Kami jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada ALLAH.."
Melalui ayat tersebut,jelas sekali bahawa siapakah kita sebenarnya dan untuk apa kita dijadikan di atas dunia yg fana ini...Sebagai manusia ,kita ditugaskan sebagai khalifah untuk mentadbir dunia dan memakmurkannya.. Sesungguhnya tiap2 seorang itu adalah pemimpin...jika dia bkn pemimpin masyarakat,sdh pasti dia adlah pemimpin keluarganya..jika dia bkn pemimpin keluarganya,sdh pasti dia adlah pemimpin kpd dirinya sendiri....dan yang pasti tiap2 seorang itu tidak akan terlepas daripada memikul amanah ALLAH sebagai pemimpin walaupun hanya menjadi pemimpin kepada dirinya sendiri...Dan sesungguhnya manusia itu adalah sebaik2 kejadian...sebagaimana firman ALLAH dalam surah at-tin,ayat 4:
                     "sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dengan sebaik2 kejadian"
Demikian penjelasan naqibah ana..sebaik mendengar penjelasan panjang lebar itu,ana terdiam sesaat....ana kembali merenung diri dan muhasabah kembali apa yang telah ana lakukan selama menjadi pemmpin kepada diri sendiri...adakah selama ini ana memimpin diri ini menuju kebaikan?"Ya ALLAH,aku takut kepada azabMU.....walaupun aku merasakan sudah cuba untuk buat yg terbaik di dalam mengemudi hidup ini,tetapi aku sedar,,,sangat banyak khilaf dan dosa2 kecil yang masih ku lakukan...".Ya ALLAH,saat ini hati ana merasakan sangat sebak..terasa hangat pipi dbasahi dengan linangan air mata ..."aku sedih ya ALLAH...kerana aku merasakan bahawa aku masih tak mampu untuk menjadi hambaMU yang  terbaik".."ya RABBI,pimpinlah daku menuju jalan yang ENGKAU redhai...aku mohon ya ALLAH,,,jgnlah ENGKAU biarkan daku berada di jalan kesesatan...amin"

Berkata seorang ulama' yang ana tidak ingat namanya : "apabila/bermulanya kita mengucap 2 kalimah syahadah,maka kita adalah pendakwah!" kini,ana sedar....tugas utama kita sebagai hambaNYA adalah untuk menyebarkan syariatNYA..matlamat utama hidup ini adalah untuk meninggikan syiar ISLAM..dan janganlah kita mematlamatkan cita2...ana boleh meletakkan cita2 untuk menjadi doktor,tetapi ana tidak boleh mematlamatkan kerjaya tersebut..ana perlu menanamkan matlamat untuk menjadi seorang mukminah dan muslimah yang doktor...sesungguhnya kerjaya sebagai seorang doktor adalah kerjaya yg sangat mulia..kerana seorang doktor yg beriman bkn sahaja boleh merawat fizikal pesakit,tetapi juga rohaninya..itu yang penting..setiap manusia yg bergelar muslim itu sebenarnya adalah seorang da'ie....dakwah perlu disebarkan dengan pelbagai cara....ya,tidak semestinya dengan menjadi seorang engineer .dia tidak boleh berdakwah..tidak semestinya dengan menjadi seorang peguam,dia tidak boleh mengajak orang melakukan kebaikan....tiada alasan untuk kita lari drpd medan dakwah sebenarnya....
   Dan ingatlah,ALLAH pasti akn bertanya apakah sumbangan kita kepada agamaNYA di akhirat kelak....apakah kita sudah bersedia??tepuk dada tanyalah iman kita...
sekian.wallahu a'alam.

Friday, 4 March 2011

Taubat

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah,segala puji bagi ALLAH kerana masih memberi nikmat iman dan islam sehingga ke saat ini....ana juga bersyukur kerana DIA masih memanjangkan umur kita sekali gus memberi peluang kepada setiap hamba2NYA untuk bertaubat..sesungguhnya pintu taubat masih terbuka luas selagi nyawa masih belum dicabut oleh malaikat Izrail...selagi matahari belum terbit di sebelah barat...cuma,terpulang kepada diri kita sama ada mahu bertaubat dengan kembali ke jalanNYA atau masih hanyut dibuai tipu daya dunia yang fana ini..

Jadi,marilah kita sama2 memohon keampunan dan bertubat diatas dosa2 yang telah kita lakukan selama ini...baik dosa kecil atau besar,sengaja ataupun tidak,banyakkanlah beristighfar kerana Rasulullah sendiri beristighfar sebanyak 100kali sehari,apatah lagi kita manusia biasa yang terlalu banyak dosa2nya..
sesungguhnya ALLAH itu MAHA PENGAMPUN dan MAHA PENERIMA TAUBAT hamba2-NYA..dalam .sebagaimana firman ALLAH dalam surah al-baqarah,ayat 186:
      "Dan apabila hamba2-KU bertanya kepadamu(Muhammad) tentang-KU,maka(jawablah)bahawasanya           AKU adalah dekat,AKU mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-KU.maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)KU dan hendaklah mereka beriman kepada-KU,agar mereka selalu berada dalam kebenaran.."
sekian,wallahu a'alam..