Salam ukhuwah untuk semua....

sesungguhnya sebagai umat ISLAM,matlamat hidup kita hanyalah satu iaitu mencari keREDHAan ALLAH dalam setiap tindak tanduk kita..tidak kira apa yang kita lakukan,wajiblah mendapat keredhaanNYA...

Tuesday, 2 August 2011

Summer Breaks

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah dan setinggi2 syukur ana panjatkan ke hadrat ALLAH kerana masih memberi ana ruang dan nafas untuk ana hidup di atas muka buminya ini..oleh itu,ana tidak boleh melepaskan peluang ini untuk sentiasa memperbaiki kelemahan diri sendiri bagi menyediakan diri sebelum menemuiNYA...insyaALLAH
Sebenarnya disini,ana teringin untuk mencoret sedikit pengalaman yang ana perolehi sewaktu summer breaks sebelum pulang ke Malaysia..selepas sahaja exam tamat,aktiviti pertama yang ana dan sahabat2 lakukan adalah membuat majlis jamuan BBQ pada 15 julai anjuran ajk batch kami dengan tujuan mengeratkan silaturrahim diantara kami serta untuk meraikan diri kami sendiri yang baru sahaj selesai menduduki final exam..dalam jamuan ini.macam2 makanan yang disediakan seperti nasi lemak,ayam bbq,sosej bakar,puding,agar2 mangga,kek coklat dll....=) ana dan sahabat2 telah bergotong-royong bagi menyediakan semua makanan tersebut..
Pada 17 julai,ana,fatin nadhirah,dan eyma telah bertolak ke Mansoura bersama kak Anis,kak Ika dan kak Leen...inilah pertama kali ana menjejakkan kaki ke Mansoura...sampai sahaja di sana,ana terpegun melihat keadaan sekeliling yang 'lebih bersih' berbanding di Kaherah..kami telah bermalam di rumah kak Caq..sepanjang 3hari 2 malam ana di sana,kak Anis dan sahabat2nya telah membawa kami berjalan2 di Siqah..haa..,kat sini lah tempat kami memborong jubah..kerana terdapat banyak sangat pilihan jubah yang pelbagai mempunyai harga dan saiz..semua jubah lawa2..sehingga kami menjadi rambang mata...hahaha^_^ kat sini lah tempat ana menghabiskan duit memborong 10 helai jubah...heheh..tapi bukan semua ana punya ye,ramai orang kat Malaysia yang kirim suruh ana belikan..sebab jubah kat sini murah2 dan cantik2...~
kami bergambar di Mansoura yang berlatar belakangkan sungai nil iaitu sungai yang terpanjang di dunia....
Setelah menghantar seorang housemate yang pulang ke Malaysia,kami meneruskan percutian menuju ke Tanta..hehe...tujuan utama ke Tanta adalah untuk menziarahi seorang sahabat kami,kak mira sambil membeli-belah...amboi..,membeli-belah je kerja ana....=D
di Tanta,sementara menunggu bakso yang tak siap2,kami bergambar dulu..huhu

Selain itu,ana juga telah pergi ke Fayyum bersama kak syuhada dan eyma..kami pergi di bawah anjuran bkan Perak..bayaran yang dikenakan adalah 75LE setiap seorang..
Fayyum adalah sebuah daerah ataupun kawasan yang menjadi pusat pemerintahan dan tumpuan penduduk pada zaman dahulu..seperti zaman nabi Yusuf dan zaman Qarun..Fayyum merpakan sebuah daerah yang mempunyai tanah yang subur..pelbagai jenis pertanian dilakukan seperti penanaman bunga matahari,dll...kami juga dapat melihat tasik Qarun yang pada asalnya merupakan sebuah ladang yang sangat luas..menurut ustaz Mujahid,musyrif rehlah kami,Qarun pada asalnya merupakan seorang yang miskin..kemudian,dia meminta nabi Musa AS agar mendoaknnya..setelah itu,baginda mengajar Qarun cara2 membuat emas..berikutan itu,dia menjadi seorang yang sangat kaya raya tetapi yang amat mendukacitakan,Qarun menjadi seorang yang lupa diri dan tidak mahu beriman dengan ajaran Musa AS..dia juga menggunakan hartanya untuk diberi kepada firaun bagi melakukan kerosakan dan kezaliman di atas muka bumi...dia juga menjadi seorang yang amat mementingkan diri kerana tidak mahu berkongsi hartanya dengan fakir miskin..sebagai akibatnya,ALLAH telah menurunkan azab dengan menerbalikkan seluruh hartanya dan terjadilah sebuah tasik.. Qarun juga mati kerana ditelan bumi sehingga jasadnya tidak ditemui...subhanallah!!!terdapat seribu satu hikmah daripada azab yang telah menimpa makhluk ALLAH yang derhaka itu..setelah harta2nya bertukar menjadi tasik,ia boleh dimanfaatkan oleh seluruh manusia sebagai sumber air,sumber pendapatan,dll..
tasik Qarun yang sangat luas  menggambarkan harta kekayaannya sangat banyak ...

seterusnya,kami telah  meneruskan perjalanan ke Syallalat iaitu satu2nya air terjun yang terdapat di tengah2 padang pasir ini..sungguh menakjubkan...

 ramai orang arab yang seronok bermandi manda di syallalat..wee~
Air terjun ini juga menjadi kebanggaan orang2 arab di Mesir ini..bak kata musyrif kami,sehingga ke saat ini,mereka tidak menjumpai di mana punca air terjun tersebut...wallahu a'alam
ana bergambar kenangan di Buhairoh Ulaa...
kami juga sempat mendayung sampan di sana ...heheh
 Destinasi kami yang seterusnya adalah ain silin,kebun mangga dan anggur..huhu...sebut sahaja kebun mangga,pasti ingatan ini kembali ke tanah air tercinta...kerana apabila anda pergi ke kebun ini,anda pasti berasa anda berada di bumi Malaysia....huhu^_^ rindu!!
Ain silin merupakan mata air yang mengandungi pelbagai zat yang diperlukan tubuh badan manusia....sebelum pulang,kami juga tidak melepaskan peluang untuk membeli buah mangga sebagai ole2..huhu...~
wahh.....pertama kali ana melihat pokok anggur.....
Dan tempat terakhir yang menjadi kunjungan kami pada hari tersebut adalah kincir nabi Yuuf AS..menurut senior2 yang mengikuti lawatan tersebut,jika kita mendengar dengan teliti pergerakan kincir air tersebut,kita akan dapat mendengar seolah2 bunyi suara azan ataupun bertasbih...tetapi sejauh mana kebenarannya,hanya ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI..

Kincir air nabi Yusuf AS...
Sekian,wallahu a'alam...

1 comment:

  1. hai hani <3...jom tgok blog kite ade entry baru..huhu

    ReplyDelete