Salam ukhuwah untuk semua....

sesungguhnya sebagai umat ISLAM,matlamat hidup kita hanyalah satu iaitu mencari keREDHAan ALLAH dalam setiap tindak tanduk kita..tidak kira apa yang kita lakukan,wajiblah mendapat keredhaanNYA...

Saturday 4 June 2011

Hablumminallah wa hablumminannas

Assalamualaikum wbt..
Malam ini sewaktu ana sedang duduk2 berehat,tiba2 fikiran ana menerawang jauh teringat kisah pertemuan ana dengan seorang senior dari Zagazig, kak fara(bkn nama sbnr) ketika di Bahrain dulu...ana dan sahabat2 lain ketika itu sedang transit semalaman di Bahrain sebelum flight ke Mesir keesokannya..kami berbual2 dan ana sibuk bertanya itu ini kepadanya..huhu..maklumlah,pertama kali nak menjejakkan kaki ke sini,macam2 benda ana nak tahu..=)
Ana juga bertanya bagaimana cara study dengan betul...bukan apa,sebab kak fara ni dapat mumtaz time dia 1st year dulu..ana kagum dan nak jadikan sumber inspirasi untuk jadi macam dia jugak...insyaALLAH..hehe
Antara nasihat kak fara yang ana ingat sampai sekarang, "jadi budak medik ni,awak kena rajin belajar,jangan malas2,sebab subjek medik ni bukannya sikit,tapi sangat banyak...." pstu kak fara sambung lagi, "jangan jadi macam seorang kawan akak ni,dia memang tak study...banyak buang masa dengan tengok movie,tak pun banyak main game..,pastu bila exam dah dekat,baru terkejar2 nak study..last2 bila result keluar,dia dapat rasib." "akak bagitau ni bukannya nak memburuk2an dia,tapi sebagai pengajaran untuk awak.." hm..lebih kurang camtu la kak fara cakap kat ana.. ana yang mendengar cerita itu,terdiam sekejap..dalam hati ana berkata2,ada juga orang macam ni kat dunia ni ye...belajar medik tapi,boleh pulak main2..ish,janganlah ana jadi macam tu,na'uzubillah.
Dan alhamdulillah,sekarang ana sudah 9 bulan menjadi anak perantauan di bumi anbiya' ini..dari pertama kali ana sampai ke mesir sehingga sekarang,sudah bermacam dugaan yang ana alami...dari dugaan dalam pelajaran,hubungan persahabatan dan masalah peribadi...dan sejak menjalani kehidupan di mesir ini juga,ana dah belajar banyak benda baru..ana boleh mengenal budaya masyarakat arab dan belajar bahasa  mereka.. memang seronok..=)
Selain itu,ana juga belajar untuk menguruskan diri sendiri,makan pakaian, kerana tiada ibu disisi untuk membantu...kesemua pengalaman ini sangatlah berharga dan banyak menjadikan ana semakin matang demi menghadapi kehidupan pada masa depan..
Apabila kita tinggal di perantauan,bermakna kita akan jauh daripada ahli keluarga..jadi,orang2 yang akan menjadi 'ahli keluarga' kita adalah sahabat2 seperjuangan.mereka akan bersama2 kita melalui susah senang ketika hidup di bumi orang..setiap apa yang kita lakukan akan bersama sahabat..
Sekiranya kita ada masalah,tempat pertama sekali untuk mengadu adalah ALLAH..sebagaimana firman ALLAH dalam al-quran :
 " dan berkata Tuhanmu,berdoalah kepada-KU,nescaya akan AKU perkenankan kepadamu.."
kemudian,kita pasti akan mengadu kepada sahabat kerana merekalah orang yang terdekat dengan kita ketika itu..oleh itu,di sini kita dapat lihat betapa pentingnya untuk kita menjaga hubungan dengan ALLAH dan semua manusia...kerana apabila kita menjaga 'hablumminallah wa hablumminannas' ini,insyaALLAH kejayaan akan mengiringi kita di dunia dan akhirat..~
sekian,wallahu a'alam.