Salam ukhuwah untuk semua....

sesungguhnya sebagai umat ISLAM,matlamat hidup kita hanyalah satu iaitu mencari keREDHAan ALLAH dalam setiap tindak tanduk kita..tidak kira apa yang kita lakukan,wajiblah mendapat keredhaanNYA...

Tuesday, 6 September 2011

Salam lebaran..

Assalamualaikum wbt..
Termasuk hari ini,sudah 9 hari kita sebagai umat Islam berada dalam bulan Syawal..ini juga bermakna baki masa untuk ana berada di Malaysia tinggal sebulan sahaja lagi..dan alhamdulillah,kita telah melalui 29 hari di bulan Ramadhan dengan selamatnya...^_^
Salam lebaran kepada semua umat Islam...

Dan dengan berlalunya bulan yang penuh barakah itu,adakah diri kita masih tetap sama seperti dulu??jika tiada sebarang perubahan ke arah kebaikan telah berlaku,ini mungkin bermakna kita tergolong dalam kalangan orang2 yang rugi.. ini adalah kerana kita gagal menjadikan bulan Ramadhan sebagai 'madrasah' untuk mentarbiah diri sendiri..sekiranya kita tidak mampu melakukan perubahan yang besar,perubahan yang sedikit juga sudah dikira baik dalam mendidik jiwa menjadi mukmin yang sejati secara perlahan2..mari kita tepuk dada dan tanyalah iman kita....adakah ia semakin bertambah ataupun berkurang ataupun sama sahaja?
Sehingga ke saat ini,banyak perkara baru yang telah ana balajar melalui tazkirah2 sepanjang bulan Ramadhan,ceramah di ikim.fm,nasihat2 daripada ibu ayah,sahabat2 dan banyak lagi...ana bersyukur kerana ALLAH masih memberi peluang untuk ana memperelokkan peribadi dan akhlak serta sentiasa memperbaharui iman yang kadangkala naik dan turun..ALLAH...terlalu banyak khilaf yang telah ana lakukan..
terasa diri yang kerdil ini tidak bernilai disisiNYA..:'(
Antara perkara yang ana sangat terkesan adalah janganlah kita menjadi seorang yang merendah diri tetapi jadilah seorang yang merendah hati..ini kerana seorang yang terlalu merendah diri sebenarnya tidak yakin dengan keistimewaan yang dikurniakan ALLAH kepada dirinya..dia sentiasa merasakan dirinya 'kurang' berbanding orang lain..dalam erti kata lain,dia sebenarnya tidak bersyukur dengan pemberian ALLAH itu..bukankah setiap manusia itu mempunyai keistimewaan yang berbeza?jadi kita tidak boleh bersikap cemburu dengan kelebihan orang lain melainkan kepada 2 golongan..sebagaimana hadis Rasulullah SAW dari kitab sahih muslim:
 "Tidak ada hasad(cemburu) dibenarkan kecuali terhadap dua orang;iaitu orang yang ALLAH berikan harta,dia menghabiskannya di jalan kebaikan.Dan orang yang diberikan ilmu,dia beramal dengan ilmu tersebut dan mengajarkannya kepada orang lain.."
sekian,wallahu a'alam..

4 comments:

  1. na'am,rendah hati.. =)
    alhamdulillah,trm ksh atas peringatannya;kita sgt terkesan dgn hadis Nabi ttg 2 org yg kita boleh cemburu tu ^_^
    salam aidul fitri sahabatku lillah..
    kullu 'am wa enti alf bikhoir,salam sayang fillah~

    ReplyDelete
  2. salam aidil fitri buat munirah jgk...huhu=)
    alhamdulillah,ALLAH sbnrnya nak beri peringatan ttpi kte mnjdi perantaraan shja..
    ukhuwwah fillah^^

    ReplyDelete
  3. best2..selamat hari raya :)

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya jgk...hehe^_^
    lme xjmpe,..rndu la..:D
    ukhuwwah fillah

    ReplyDelete