Salam ukhuwah untuk semua....

sesungguhnya sebagai umat ISLAM,matlamat hidup kita hanyalah satu iaitu mencari keREDHAan ALLAH dalam setiap tindak tanduk kita..tidak kira apa yang kita lakukan,wajiblah mendapat keredhaanNYA...

Friday, 21 October 2011

Zikir menenangkan jiwa..

Assalamualaikum wbt...
Ana panjatkan kesyukuran ke hadrat ALLAH kerana masih memberi peluang kepada diri ini untuk meghirup udara kepunyaanNYA seterusnya bertaubat daripada dosa2 yang pernah dilakukan secara sengaja ataupun tidak..alhamdulillah
Pada saat ini,ana sebenarnya mengalami ketidak tenteraman jiwa..yakni jiwa terasa resah gelisah..seperti ada sesuatu yang tidak kena..perasaan yang timbul ini  mungkin disebabkan khilaf dan dosa2 ana kepadaNYA ..astaghfirullahal 'adzim..tubtu  ilallah..dan untuk menenangkan kembali jiwa yang resah ini,ana perlulah memperbanyakkan zikir yakni mengingatiNYA serta mengisi hati yang sedikit gersang ini dengan menghadiri majlis2 ilmu yakni taman2 syurga yang pastinya mendapat naungan para malaikat..insyaALLAH..
Sebagaimana mafhumNYA dalam surah al-baqarah,ayat 152:
  "Kerana itu,ingatlah kamu kepadaKU,nescaya AKU ingat kepadamu,dan bersyukurlah kepadaKU dan jangan kamu mengingkari(nikmat)KU.."
Dan sesungguhnya ALLAH itu MAHA PENGAMPUN lagi PENYAYANG kepada hamba2NYA..DIA akan mengampunkan segala dosa hamba2 yang memohon keampunanNYA melainkan dosa mereka yang menyekutukanNYA dengan sesuatu..na'udzubillah min dzalik..orang yang mahu bertaubat itu mestilah insaf dan bertaubat dengan bersungguh2..serta berazam tidak akan mengulangi perbuatan dosa tersebut..dan mengembalikan hak kepada orang mempunyai hak tersebut..
*doa ana supaya ALLAH tidak menyibukkan kita dengan urusan dunia,tetapi dengan urusan akhirat..
wallahu a'alam..

No comments:

Post a Comment