Salam ukhuwah untuk semua....

sesungguhnya sebagai umat ISLAM,matlamat hidup kita hanyalah satu iaitu mencari keREDHAan ALLAH dalam setiap tindak tanduk kita..tidak kira apa yang kita lakukan,wajiblah mendapat keredhaanNYA...

Friday 21 October 2011

Zikir menenangkan jiwa..

Assalamualaikum wbt...
Ana panjatkan kesyukuran ke hadrat ALLAH kerana masih memberi peluang kepada diri ini untuk meghirup udara kepunyaanNYA seterusnya bertaubat daripada dosa2 yang pernah dilakukan secara sengaja ataupun tidak..alhamdulillah
Pada saat ini,ana sebenarnya mengalami ketidak tenteraman jiwa..yakni jiwa terasa resah gelisah..seperti ada sesuatu yang tidak kena..perasaan yang timbul ini  mungkin disebabkan khilaf dan dosa2 ana kepadaNYA ..astaghfirullahal 'adzim..tubtu  ilallah..dan untuk menenangkan kembali jiwa yang resah ini,ana perlulah memperbanyakkan zikir yakni mengingatiNYA serta mengisi hati yang sedikit gersang ini dengan menghadiri majlis2 ilmu yakni taman2 syurga yang pastinya mendapat naungan para malaikat..insyaALLAH..
Sebagaimana mafhumNYA dalam surah al-baqarah,ayat 152:
  "Kerana itu,ingatlah kamu kepadaKU,nescaya AKU ingat kepadamu,dan bersyukurlah kepadaKU dan jangan kamu mengingkari(nikmat)KU.."
Dan sesungguhnya ALLAH itu MAHA PENGAMPUN lagi PENYAYANG kepada hamba2NYA..DIA akan mengampunkan segala dosa hamba2 yang memohon keampunanNYA melainkan dosa mereka yang menyekutukanNYA dengan sesuatu..na'udzubillah min dzalik..orang yang mahu bertaubat itu mestilah insaf dan bertaubat dengan bersungguh2..serta berazam tidak akan mengulangi perbuatan dosa tersebut..dan mengembalikan hak kepada orang mempunyai hak tersebut..
*doa ana supaya ALLAH tidak menyibukkan kita dengan urusan dunia,tetapi dengan urusan akhirat..
wallahu a'alam..

Wednesday 12 October 2011

Tahun ke2 sebagai mahasiswa..

Assalamualaikum wbt..
  Pada hari ini,sudah genap seminggu ana meninggalkan tanah air tercinta demi meneruskan jihad di bumi Mesir yang masih berbaki 5 tahun lagi...insyaALLAH..
  Setelah ana berada di Tahun 2 Perubatan ini,jadual kami bertambah padat...kuliah kami akan bermula dari pukul 9 pagi hingga 5 petang setiap hari...kecuali hari jumaat dan sabtu kami diberi cuti...alhamdulillah:) jadi hampir setiap hari kami akan tiba di rumah apabila senja sudah menjelma..*inilah harga sebuah pengorbanan yang perlu dibayar demi sebuah kejayaan akan datang...bersusah2 dahulu,bersenang2 kemudian..:)
 Sebagai seorang pelajar yang sedang meningkat matang dengan selok-belok kehidupan di kota Kaherah ini,ana sepatutnya 'sudah arif ' dengan kehidupan di tanah arab ini dan sudah boleh berkomunikasi dengan menggunakan bahasa arab 'ammiah...tapi sehingga sekarang,ana masih lagi 'terkulat2' hendak membalas percakapan orang arab yang bertanya dan'bercerita' dengan ana..bukannya ana tidak faham,tapi disebabkan kekurangan 'vocab' ,maka susahlah untuk membalas kata2 mereka..walaubagaimanapun,usaha untuk mendalami bahasa arab 'wajib' diteruskan kerana bahasa arab merupakan bahasa syurga..^_^selain itu,bahasa arab sangat diperlukan ketika ana dan sahabat2 berada di Tahun 4 sewaktu klinikal year nanti,insyaALLAH...~:)
  "Dugaan"...tanpa dugaan dan cabaran,maka hidup ini tidak akan menjadi 'indah'..kerana jika hujan tidak turun ketika hari panas,maka pelangi tidak akan menjelma..begitulah hendak diibaratkan bahawa setiap manusia itu pasti akan menghadapi liku2 kehidupan yang berbeza..akan menempuh onak duri dan ujian yang pasti akan menguji tahap kesabaran seseorang itu..semua itu berlaku kerana ALLAH menyayangi hamba2NYA dan hendak menguji tahap keimanannya..
  Perkara inilah yang dapat ana jadikan 'ibrah demi menghadapi masa depan yang pastinya lebih mencabar terutama apabila ana sudah bergelar doktor suatu hari nanti,biiznillah...
wallahu a'alam..