Salam ukhuwah untuk semua....

sesungguhnya sebagai umat ISLAM,matlamat hidup kita hanyalah satu iaitu mencari keREDHAan ALLAH dalam setiap tindak tanduk kita..tidak kira apa yang kita lakukan,wajiblah mendapat keredhaanNYA...

Wednesday 4 January 2012

Musim exam kembali lagi...

Assalamualaikum wbt...
   Alhamdulillah,kerana dengan izinNYA dapat ana mengupdate blog ini setelah beberapa lama ianya tidak diupdate disebabkan ana tidak mempunyai ruang masa yang cukup kerana kepadatan jadual harian..lebih2 lagi mid-year exam bakal tiba beberapa hari sahaja lagi...Sebelum itu,ana hendak mengucapkan selamat tahun baru..mudah2an di tahun baru ini kita telah memasang niat serta azam baru untuk menjadi manusia yang lebih baik..insyaALLAH :)
   Berikut adalah jadual exam mid -year untuk student medik perempuan 2nd year Al-azhar university:
          10/1/2012= biochemistry
          15/1/2012= anatomy
          18/1/2012= histology
          23/1/2012= physiology
          24/1/2012= .....holiday....! ^_^
       

    Jika pada tahun lepas dengan rahmat dan pertolonganNYA,ana berjaya memperolehi result final year yang 'agak' memuaskan walaupun tidaklah sehebat mana(alhamdulillah),tetapi pada tahun ini ana berazam untuk mendapatkan yang lebih baik daripada itu..biiznillah...
     Dan untuk ke arah itu,usaha haruslah dipertingkatkan lagi disamping harus menjaga haq sesama manusia..dan yang paling penting kita tidak mengabaikan haq kepada PENCIPTA kita..ketika musim peperiksaan ini lebih2 lagi,tentu sekali diri kita akan mendapat pelbagai jenis ujian dan dugaan daripadaNYA..ketika ini ukhuwwah bersama sahabat2 akan teruji,tidak kurang juga masalah peribadi akan melanda diri sendiri..semuanya kerana DIA hendak melihat sejauh manakah tahap kesabaran kita sebagai manusia menghadapi ujian tersebut dan bagaimanakah kita akan menanganinya..
    Dan yakinlah,setiap apa yang berlaku itu,pasti akan terdapat hikmah disebaliknya ..kita haruslah berfikiran positif dalam setiap perkara..
    Sekiranya berlaku perbalahan antara kita dengan sahabat kita,atau jika kita tidak puas hati dengan sesetangah tindakannya,hendaklah kita saling tegur-menegur serta nasihat-menasihati..bukannya saling menyalahkan antara satu sama lain. Bukankah kita ini manusia biasa yang sering melakukan kesalahan dan tidak sempurna?masing2 ada kelebihan dan kelemahan yang tersendiri...kita harus terima kenyataan tersebut..
    Sebagaimana firman ALLAH SWT dalam surah Al-Hujurat:ayat :12 yang mafhumnya:
 
     "Wahai orang2 yang beriman,jauhilah kebanyakan daripada prasangka (zhan) kerana sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa,dan janganlah kamu mencari2 kesalahan orang lain...."

    Mudah2an ALLAH akan mengurniakan pertolongan dan bimbinganNYA agar diri kita sentiasa berada di atas jalan yang lurus.amin ya rabbal 'alamin.
Wallahu a'alam.