Salam ukhuwah untuk semua....

sesungguhnya sebagai umat ISLAM,matlamat hidup kita hanyalah satu iaitu mencari keREDHAan ALLAH dalam setiap tindak tanduk kita..tidak kira apa yang kita lakukan,wajiblah mendapat keredhaanNYA...

Wednesday 2 January 2013

Coretan hati

Bismillahirrahmanirrahim..

  Assalamualaikum wbt..alhamdulillah.,ana bersyukur ke hadratNya diatas limpahan kurnia dan rahmatNya yang tidak terhitung banyaknya..alhamdulillah :) semoga segala nikmat yang diberikan dapat menjadikan ana hamba yang semakin bersyukur serta semakin dekat kepadaNya..ameen

  Sebenarnya,kami para pelajar di Mesir sedang melalui fasa imtihan 'mid-year' pada bulan januari ini sebelum cuti sempena musim sejuk(syita' atau winter).,ada sebahagian pelajar yang telah bermula imtihannya.,dan ada yang bakal bermula tidak lama lagi..semuanya bergantung kepada kos masing2..dan bagi ana pula,pelajar medik tahun 3,imtihan kami bakal bermula pada 12 januari miggu depan..insyaAllah..

   Sedar tidak sedar,sudah  mencecah 2 tahun setengah ana menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa di bumi Mesir ini.. kini,imtihan mid-year bagi tahun 2012/2013 bakal menjelang beberapa hari sahaja lagi..terasa masa berlalu dengan sangat pantas..terasa seperti baru semalam kuliah tahun 3 bermula..dan tup tup.,sekarang kami sudah sampai ke pertengahan tahun..:0 sepanjang tempoh itu juga,pelbagai perkara telah dilalui... bermacam pengalaman juga telah dialami..pahit,manis,tawar.masin..semuanyalah..^0^

   Pada malam ini,suhu di bumi Kaherah yang semakin rendah telah mencecah 17 darjah celcius..keadaan ini menyebabkan ana memakai sehinnga 3 atau 4 lapis pakaian,supaya dapat menahan kesejukan yang terkadang dapat dirasa hingga ke tulang..namun begitu,suhu di Jordan jauh lebih rendah berbanding di Mesir..amat rendah sehingga mencecah 3 darjah celcius, kata adik ana juga yang sedang belajar di sana..

   Buku pathology yang sepatutnya dibaca dan diteliti isi kandungnya malam ini ,hanya mampu ana lihat sahaja.sambil tangan menyelak2 muka surat didalamnya..ana tidak tahu mengapa .fikiran seringkali menerawang,hati juga tidak tenang seakan2 sedang  mencari sesuatu..ya,ana pasti ia sedang mencari sesuatu yang boleh membuatkannya kembali 'tenang'..!! apakah yang sedang dicari tersebut? mungkinkah 'kebenaran' yang sering ana fikirkan selama ini? ya RABB,bantulah hambaMu ini.. *Hanya Dia Yang Maha Mengetahui apa sebenarnya bersarang dalam hati ini..

                   "اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَهُ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ،"
   "Allahumma arinal-haqqa haqqan warzuqnat-tiba'ah, wa arinal-batila batilan warzuqna jtinabah"

    Pada pagi esok pula ,satu delegasi yang besar dari Malaysia(Aqsa syarif A2G) yang akan membawa bantuan misi kemanusiaan ke Gaza akan tiba di Kaherah..Ramai sahabat ana akan turun ke airport pagi esok untuk menyambut ketibaan rombongan tersebut..tetapi malangnya ana tidak dapat turut serta kerana ada tuntutan lain yang perlu dipenuhi terlebih dahulu...dan apa yang membuatkan ana 'teruja', ada dua akhawat di sini yang akan turut serta dalam misi kemanusiaan tersebut.,iaitu kak musyi dan kak nad..^^ bertuahnya mereka kerana terpilih untuk turut serta dalam misi yang sangat mulia ini..secara tidak langsung,mereka juga dapat menjejakkan kaki ke tanah Palestin dan mungkin juga dapat menunaikan solat di Masjid Al-aqsa..masyaAllah ! #bukan sembarangan orang dapat menjejakkakn kaki ke sana,hanya mereka yang dipilih Allah sahaja..#

*doaku supaya perjalanan mereka diberkati dan dipermudahkan segala urusan olehNYA..
 dan mudah2an aku juga dapat menjejakkan kaki ke sana suatu hari nanti..ameen.

wallahu a'alam





p/s: tak sabar nak tamat mid-year exam sebab nak flight jumpa adik2 di bumi Syam pula..^_^