Salam ukhuwah untuk semua....

sesungguhnya sebagai umat ISLAM,matlamat hidup kita hanyalah satu iaitu mencari keREDHAan ALLAH dalam setiap tindak tanduk kita..tidak kira apa yang kita lakukan,wajiblah mendapat keredhaanNYA...

Saturday, 9 July 2011

Aurat wanita

Assalamualaikum wbt...
Pada malam yang hening ini,ana baru sahaja menghabiskan hafalan juz 'amma kerana pada esok hari,ana akan menduduki exam Al-quran yang akan bermula pada jam 10pagi(waktu Mesir)...sebelum mata terlelap,fikiran ini tiba2 berputar teringat peristiwa sehari sebelum hari jadi ana (6julai..heheh)...^_^
kejadian dimana ana bersama 2 sahabat singgah ke musolla di mall untuk menunaikan solat asar..di sana,ana lihat sekumpulan pelajar melayu (p) sedang bergilir2 menunaikan solat disebabkan ruangan yang kecil.mereka solat menggunakan pakaian yang dipakai ketika itu. keadaan tersebut adalah perkara biasa yang dapat kita lihat dalam kalangan pelajar melayu di bumi Mesir ini..ianya tidak menjadi masalah kerana solat sah selagi pakaian yang dipakai dikira menutup aurat.. =)insyaALLAH
tiba2,ana merasa terpanggil untuk melihat gelagat salah seorang daripada mereka yang memakai jeans dan t-shirt berlengan tiga suku.dia sedang mencari ' jubah labuh' (pakaian untuk solat mcm telekung) untuk dipakai. ketika itu,ana terfikir dan bermonolog sendirian,dia tahu pakaian tu tak sesuai nak dibawa solat...jadi,apakah dia tidak sedar bahawa pakaiannya itu tidak menepati syarak?bukankah aurat wanita itu adalah seperti mana pakaiannya di dalam solat...
Ketahuilah,sesungguhnya aurat wanita itu adalah meliputi keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan sepertimana pakaian kita didalam solat..
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan....
Sebagaimana firman ALLAH dalam surah al-ahzab,ayat 59 :
"Hai Nabi,katakanlah kepada isteri2mu, anak2 perempuanmu,dan isteri orang2 mukmin,'Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka' ,yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal , kerana mereka tidak akan diganggu,dan ALLAH adalah MAHA PENGAMPUN lagi MAHA PENYAYANG."
Oleh itu,sedarlah wahai kaum muslimah..menutup aurat merupakan perkara wajib yang diperintahkan oleh ALLAH apabila bertemu dengan lelaki yang ajnabi..sebagai hamba,kita wajib menurut perintah ini tanpa memberikan sebarang alasan..takutlah kita kepada azabNYA yang sangat dahsyat....yakinlah,sesungguhnya setiap perintah ALLAH itu mengandungi sejuta hikmah yang kadangkala tidak kita sedari..dan ALLAH MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik untuk hamba2NYA..
Semoga perkara ini menjadi pengajaran kepada sahabat kita ini dan kita semua... ana juga mendoakan agar ALLAH memberinya hidayah untuk menutup aurat dengan lebih sempurna lagi..amin
sekian,wallahu a'alam..

No comments:

Post a Comment