Salam ukhuwah untuk semua....

sesungguhnya sebagai umat ISLAM,matlamat hidup kita hanyalah satu iaitu mencari keREDHAan ALLAH dalam setiap tindak tanduk kita..tidak kira apa yang kita lakukan,wajiblah mendapat keredhaanNYA...

Saturday 9 April 2011

Siapakah kita??

Assalamualaikum wbt...
Semalam ana telah pun menghadiri usrah yg diadakan di rumah....alhamdulillah ia sedikit sebanyak dapat mengisi kekosongan jiwa yg ana rasakan gersang sejak akhir2 ini...tajuk yg kami bincangkan adalah "Siapakah kita?" sungguh! tatkala mendangar topik tersebut,pelbagai jawapan yg berlegar2 di benak ini...
Ya,persoalannya di sini siapakah kita sebenarnya?pelajar?anak?wanita?atau sekadar seseorang yang bergelar manusia?fikiran ana masih ligat mencari jawapan yang paling tepat..
Jawapannya , kita adalah hamba dan khalifah ALLAH di muka bumi ini...tujuan kita diciptakan tidak lain tidak bukan hanyalah untuk beribadah kepadaNYA dengan mentaati segala perintah dan meninggalkan apa yg dilarangNYA...telah tercatat di dalam al-quran tentang firman ALLAH yang mafhumya :
              "...tidak Kami jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada ALLAH.."
Melalui ayat tersebut,jelas sekali bahawa siapakah kita sebenarnya dan untuk apa kita dijadikan di atas dunia yg fana ini...Sebagai manusia ,kita ditugaskan sebagai khalifah untuk mentadbir dunia dan memakmurkannya.. Sesungguhnya tiap2 seorang itu adalah pemimpin...jika dia bkn pemimpin masyarakat,sdh pasti dia adlah pemimpin keluarganya..jika dia bkn pemimpin keluarganya,sdh pasti dia adlah pemimpin kpd dirinya sendiri....dan yang pasti tiap2 seorang itu tidak akan terlepas daripada memikul amanah ALLAH sebagai pemimpin walaupun hanya menjadi pemimpin kepada dirinya sendiri...Dan sesungguhnya manusia itu adalah sebaik2 kejadian...sebagaimana firman ALLAH dalam surah at-tin,ayat 4:
                     "sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dengan sebaik2 kejadian"
Demikian penjelasan naqibah ana..sebaik mendengar penjelasan panjang lebar itu,ana terdiam sesaat....ana kembali merenung diri dan muhasabah kembali apa yang telah ana lakukan selama menjadi pemmpin kepada diri sendiri...adakah selama ini ana memimpin diri ini menuju kebaikan?"Ya ALLAH,aku takut kepada azabMU.....walaupun aku merasakan sudah cuba untuk buat yg terbaik di dalam mengemudi hidup ini,tetapi aku sedar,,,sangat banyak khilaf dan dosa2 kecil yang masih ku lakukan...".Ya ALLAH,saat ini hati ana merasakan sangat sebak..terasa hangat pipi dbasahi dengan linangan air mata ..."aku sedih ya ALLAH...kerana aku merasakan bahawa aku masih tak mampu untuk menjadi hambaMU yang  terbaik".."ya RABBI,pimpinlah daku menuju jalan yang ENGKAU redhai...aku mohon ya ALLAH,,,jgnlah ENGKAU biarkan daku berada di jalan kesesatan...amin"

Berkata seorang ulama' yang ana tidak ingat namanya : "apabila/bermulanya kita mengucap 2 kalimah syahadah,maka kita adalah pendakwah!" kini,ana sedar....tugas utama kita sebagai hambaNYA adalah untuk menyebarkan syariatNYA..matlamat utama hidup ini adalah untuk meninggikan syiar ISLAM..dan janganlah kita mematlamatkan cita2...ana boleh meletakkan cita2 untuk menjadi doktor,tetapi ana tidak boleh mematlamatkan kerjaya tersebut..ana perlu menanamkan matlamat untuk menjadi seorang mukminah dan muslimah yang doktor...sesungguhnya kerjaya sebagai seorang doktor adalah kerjaya yg sangat mulia..kerana seorang doktor yg beriman bkn sahaja boleh merawat fizikal pesakit,tetapi juga rohaninya..itu yang penting..setiap manusia yg bergelar muslim itu sebenarnya adalah seorang da'ie....dakwah perlu disebarkan dengan pelbagai cara....ya,tidak semestinya dengan menjadi seorang engineer .dia tidak boleh berdakwah..tidak semestinya dengan menjadi seorang peguam,dia tidak boleh mengajak orang melakukan kebaikan....tiada alasan untuk kita lari drpd medan dakwah sebenarnya....
   Dan ingatlah,ALLAH pasti akn bertanya apakah sumbangan kita kepada agamaNYA di akhirat kelak....apakah kita sudah bersedia??tepuk dada tanyalah iman kita...
sekian.wallahu a'alam.