Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan melafazkan kalimah suci ini,ana memulakan penulisan di sini setelah berbulan2 tidak meng'update'nya berikutan beberapa masalah yang telah berlaku.Alhamdulillah, syukur pada Allah :)
Pada hari ini,ana dan sahabat2 seperjuangan yang lain baru sahaja selesai menduduki kertas Biochemistry untuk final exam 2nd Year tahun ini.Alhamdulillah,memang satu kelegaan dapat ana rasakan setelah selesai menjawab subjek ini kerana bagi ana,subjek ini merupakan antara subjek yang 'killer' dan agak 'tough' berbanding dengan subjek2 yang lain.Terdapat banyak formula yang perlu dihafal dan diingat dalam subjek ini..Sekiranya kita menghafal formula2 ini dengan 'membabi buta' tanpa memahamkannya terlebih dahulu, alamatnya nanti memang akan senang 'confius' dan mudah lupa ketika hendak menjawab soalan.Dan yang paling penting,jangan pula bila sudah last2 minit,baru terkedek2 hendak memahamkan setiap satu 'structure' dan 'reaction' yang berlaku.Sebab bila last2 minit baru kita nak faham,bila pula masa mahu manghafalnya? hurm,penghabisnya semua fakta dalam buku dan nota2 dukturah hanya dibaca sekali lalu sahaja...Dan bila menjawab exam,semuanya hilang..blank..huh!(*ini disebabkan sesuatu yang dihafal dalam jangka masa yang singkat dan tidak diulang berkali2,ianya akan mudah hilang dari kotak memori kita= short term memory*) Jadi, hari ini memang telah mnjadi pengajaran buat diri ana,kerana tidak menggunakan kesempatan yang ada masa suatu masa dahulu untuk 'study' subjek ini dengan baik...:(
p/s: soalan biochemistry yang keluar dalam exam ni memang 'soalan maut' dan sgt mencabar .Masa yang diberi 3jam,tapi selepas sejam 30 minit,ana dah mula termenung,dan berusaha memerah otak untuk memikirkan jawapan yang perlu ditulis dalam buku jawapan.Allah, ana pandang sekeliling,melihat sahabat2 lain,masing2 ada yang duduk termenung,ada yang nampak resah gelisah dan nampak ketara di raut wajah masing2 'kesukaran' menjawab exam kali ini.
Dan terdetik pula di hati ana, ''sebenarnya soalan ni yang susah ke,atau aku ni yang tak cukup study?''
Tidak mengapalah,perkara yang sudah berlalu,biarlah ia berlalu..sekarang kami kena tambahkan usaha untuk menghadapi paper seterusnya..Mudah2an Allah membantu dan mempermudahkan segala urusan kami dalam dewan peperiksaan dan dalam kehidupan seharian..insyaALLAH..
Wallahu a'alam

No comments:
Post a Comment