Salam ukhuwah untuk semua....

sesungguhnya sebagai umat ISLAM,matlamat hidup kita hanyalah satu iaitu mencari keREDHAan ALLAH dalam setiap tindak tanduk kita..tidak kira apa yang kita lakukan,wajiblah mendapat keredhaanNYA...

Tuesday, 26 June 2012

Perjuangan baru bermula..(Mesir pasca revolusi).

      Petang itu,detik yang dinanti-nantikan semakin hampir...Ana yang ketika itu tertidur setelah pulang dari exam paper Tafsir Al-quran tiba-tiba tersedar..Lantas bergegas menghampiri laptop dan membuka laman facebook untuk melihat perkembangan terkini tentang keputusan pilihanraya Mesir..Pada hari tersebut ,yakni hari Ahad,24 Jun 2012, jam 4.30 petang (lebih kurang macam tu), pengumuman bagi pemenang bagi jawatan prseiden Mesir bakal diisytiharkan oleh SPR Mesir setelah ditangguhkan sehari..Sesungguhnya keputusan yang bakal  diumumkan nanti bakal menentukan nasib rakyat di bumi anbiya' ini,sekiranya Muhd Syafik,calon fulul (pro-Mubarak) menang,pasti nasib umat Islam tidak akan terbela kerana pelbagai janji telah ditaburi seperti hendak menghapuskan sistem al-quran dalam pendidikan walaupun beliau sendiri beragama Islam tetapi jika Dr Muhammad Morsy,calon Ikhwanul Muslimin yang menang,insyaAllah pastinya nasib umat Islam akan terbela dan yang paling penting, pintu sempadan rafah antara Mesir dan Gaza akan dibuka...Makanya pertolongan akan dapat disalurkan untuk menolong rakyat Palestin yang telah lama menderita..insyaAllah
 
     Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar...akhirnya dengan kuasaNya, Dr Muhammad Morsy telah dumumkan memenangi jawatan sebagai presiden Mesir...Sebaik sahaja selapas sahaja pengumuman dibuat,ana terdengar bunyi suara sorakan dari luar rumah dan suasana agak gamat apabila bunyi hon kenderaan kedengaran di luar rumah..Serentak itu juga, berpuluh2 status 'naik'di newsfeed facebook menyatakan kesyukuran dan kegembiraan atas kemenangan calon ikhwanul muslimin tersebut...Semua orang lantas mengucapkan alhamdulillah dan bertakbir sambil mengalirkan air mata terharu...dan terus melakukan sujud syukur...*Alhamdulillah,terima kasih ya Allah kerana telah memelihara bumi Mesir ini..^^,, tanpa pertolonganMu,pasti Dr Morsy tidak akan menang dan pasti martabat Islam akan semakin 'hilang'..*




Rakyat Mesir lantas bertakbir dan memanjatkan doa kesyukuran sambil menangis kegembiraan atas kemenangan calon  pilihan mereka..


Inilah dia wajah presiden ke-2 di dunia yang menghafaz al-quran 30 juzu' selepas PM Palestin,Ismail Haniyyah...
Allahu Allah

Rakyar Mesir yang sedang berhimpun di Medan Tahrir terus melakukan sujud syukur sejurus Dr Morsy diumumkan menang.



Reaksi rakyat Mesir yang sangat gembira,mereka berarak sambil membawa bendera dan gambar Dr Morsy  serta tidak henti2 melaungkan kalimah Allahu Akbar..


         Harapan ana dan semua sahabat2 disini supaya dengan berolehnya kemenangan ini,agama Islam akan kembali tertegak di atas bumi Allah ini.Dan bumi Al-Quds juga akan bebas tidak lama lagi.. Seterusnya pemerintahan Islam bersistemkan khalifah akan kembali berkuasa menggantikan pemerintahan bersistemkan barat..

        Juga peringatan untuk diri ini,kemenangan Islam ini sebenarnya menandakan titik perjuangan kita baru bermula,.Panjang lagi perjalanan yang harus ditempuh.Oleh itu,kita perlulah persiapkan diri kita agar dapat bersama-sama mengharungi cabaran yang bakal mendatang..


#Allahumma,izinkanlah daku untuk merasai kenikmatan hidup di bawah sistem pemerintahan yang berlandaskan Islam yang sebenar2nya..amin ^^,,

No comments:

Post a Comment