Salam ukhuwah untuk semua....

sesungguhnya sebagai umat ISLAM,matlamat hidup kita hanyalah satu iaitu mencari keREDHAan ALLAH dalam setiap tindak tanduk kita..tidak kira apa yang kita lakukan,wajiblah mendapat keredhaanNYA...

Wednesday, 6 June 2012

Erti Kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt,
   
    Alhamdulillah wa syukrulillah kerana AllahYang Maha Pengasih masih lagi memberi kesempatan dan ruang waktu untuk diri yang penuh dengan khilaf dan dosa ini untuk bertaubat serta kembali kepadaNya..Saban hari kita melakukan dosa dan serentak itu juga kita akan memohon keampunannya..Dan perkara seperti ini biasanya berlaku berulang2 kali,kita melakukan dosa,kemudian memohon keampunannya...Astaghfirullahal 'adzim...Laa ilaaha illa anta, subhaanaka inni kuntu minadzzalimin (Tiada Tuhan selain Engkau,Maha Suci Engkau ya Allah,sesungguhnya aku tergolong dalam golongan orang2 yang zalim)..
    Allah Ta'ala telah berfirman dalam surah ali-imran,ayat 135 yang mafhumnya:

"Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri,mereka ingat akan Allah,lalu memohon ampunan terhadap dosa2 mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu ,sedang mereka mengetahui.."

     Allah Ta'ala juga ada berfirman dalam surah an-nisa', ayat 110 yang mafhumnya:

"Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya,kemudian ia memohon ampun kepada Allah,nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.."

Allahu rabbi, sebanyak mana pun dosa kita hatta setinggi gunung sekali pun,sekiranya kita kembali kepadaNya dengan niat untuk bertaubat (dengan syarat kita hendaklah bersungguh2 untuk tidak mahu mengulangi dosa tersebut), pasti Allah akan menerima taubat kita..Sesungguhnya pintu taubat dan rahmatNya sentiasa terbuka luas untuk mereka2 yang mahu kembali mencari keredhaanNya..

      Dan di sini,suka untuk ana katakan bahawa sememangnya bumi Mesir ini merupakan bumi tarbiyah untuk insan2 seperti kami..(perantau di negara orang..huk3) . Bagi ana,di bumi inilah tempat ana belajar tentang erti kehidupan yang sebenarnya sebagai seorang mahasiswa, sahabat, anak, muslimah dan juga sebagai seorang da'ie..Kerana di sinlah ana belajar untuk hidup berdikari tanpa kehadiran keluarga yang tersayang disisi...Mereka yang ada hanyalah sahabat2 seperjuangan yang mempunyai matlamat yang sama,berada di bumi asing ini iaitu untuk menuntut ilmu Allah yang sangat luas,mencari pengalaman,
disamping mencari redhaNya dengan menyebarkan dakwah dan membina ikatan silaturrahim..kerana Mesir adalah 'lubuk ilmu'..

Tujuan kami berada di bumi Mesir ini untuk belajar..
Ya,belajar untuk menjadi pengamal perubatan yang berjaya,
Belajar untuk hidup berdikari dan berfikiran matang,
Belajar untuk menjadi seorang yang penyayang dan penyabar,
Belajar untuk memahami perasaan oran lain,
Belajar untuk menguruskan kewangan seharian,
Belajar untuk sentiasa bersyukur,
Dan yang paling penting,
Belajar untuk menjadi seorang hamba Allah yang sejati.. :)

      Untuk pengetahuan semua,satu perkara yang sangat menyentuh hati ini adalah apabila melihat ramai kanak2 yang berumur dalam lingkungan 8-12 tahun sudah mula bekerja demi mencari sesuap nasi.(Tapi kat mesir ni,diorang tak makan nasi la,tapi makan roti 'isy..hehe ) Jika di Malaysia,kanak2 yang berumur seperti ini,pastinya mereka hanya pandai bermain,tetapi mereka di sini,telah berusaha keras membanting tulang untuk mencari rezeki..Sudah berdikari..MasyaALLAH..Ada yang bekerja sebagai mekanik,kuli di kedai2,tukang pungut sampah,dan bermacam2 pekerjaan lain...ya Allah,sayu hati ini melihat keadaan mereka yang sepatutnya kena pergi ke sekolah untuk mencari ilmu..:'(
Melihat keadaan seperti ini,kita yang dilahirkan di bumi Malaysia sepatutnya mempunyai rasa bersyukur yang sangat tinggi kerana kita tidak dilahirkan dalam keadaan 'penuh kesusahan' seperti mereka disini..Jangan merungut kerana kita tiada itu dan ini..Sesungguhnya jika kita rasa hidup kita ada 'kekurangan' dan tidak lengkap atau tidak cukup,sebenarnya ada ramai lagi yang hidup lebih dhaif dari kita..

Wallahu a'alam..
     

No comments:

Post a Comment