Salam ukhuwah untuk semua....

sesungguhnya sebagai umat ISLAM,matlamat hidup kita hanyalah satu iaitu mencari keREDHAan ALLAH dalam setiap tindak tanduk kita..tidak kira apa yang kita lakukan,wajiblah mendapat keredhaanNYA...

Tuesday, 26 June 2012

Suatu Petang..

Bismillahirrahmanirrahim...

      Pada petang ini,tatkala ana sedang bersantai sambil mendengar halwa telinga,tangan juga sedang menekan papan keyboard untuk men'skroll' news feed di laman facebook dan mata juga memberi tumpuan pada skrin laptop ,mencari status2 yang bermanfaat dan yang boleh 'mengembang-ngembangkan' kembali iman ini..insyaALLAH..biiznillah

      Tiba-tiba mata ini tertancap pada satu status oleh seorang ustaz, begini ayatnya :

"Ketahuilah bahawa memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk Allah yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.."

"Memang  Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita,supaya kita dapat kasih sayang yang terbaik,khas untuk diri kita.."

"Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita,supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang dapat mengalaminya.."

"Oleh itu ,janganlah kita terlalu mengejar kesempurnaan kerana ia bukanlah faktor utama kebahagiaan yang sempurna,sedangkan jika kita boleh memaafkan kesilapan orang yang kita sayang dan akur dengan kelemahannya sebagai manusia biasa, serta bersyukur dengan apa yang kita sudah miliki ..kita akan bahagia,bahagia dan terus bahagia....itu lebih bermakna. "

        Ya Allah..sungguh,ayat2 tersebut sedikit sebanyak telah menyentuh hati ini..Mana tidaknya, selama ana hidup sehinggalah sekarang, pelbagai pengalaman telah dialami..Juga pelbagai ragam manusia telah dijumpai..Ya,manusia itu Allah telah jadikan tidak sama,setiap orang pasti memiliki keistimewaannya dan perangainya yang tersendiri ..

       Dan sangat indah sebenarnya apabila dua orang manusia(yakni sahabat) yang berbeza sifatnya dipertemukan,kerana itulah fungsi kehidupan..Saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain..Tidak ada manusia yang diciptakan sempurna di dunia ini..

       Selagi mana kita berlapang dada dengan sahabat kita (salamus sodri),insyaAllah ukhuwwah yang terbina   kerana Allah itu akan terpelihara..dan selagi mana kita menjaga haq dalam persahabatan,insyaAllah tali persahabatn itu tidak akan putus..biiznillah


Semoga ukhuwwah yang terbina akan berkekalan hingga ke syurgaNya...amin :)

Perjuangan baru bermula..(Mesir pasca revolusi).

      Petang itu,detik yang dinanti-nantikan semakin hampir...Ana yang ketika itu tertidur setelah pulang dari exam paper Tafsir Al-quran tiba-tiba tersedar..Lantas bergegas menghampiri laptop dan membuka laman facebook untuk melihat perkembangan terkini tentang keputusan pilihanraya Mesir..Pada hari tersebut ,yakni hari Ahad,24 Jun 2012, jam 4.30 petang (lebih kurang macam tu), pengumuman bagi pemenang bagi jawatan prseiden Mesir bakal diisytiharkan oleh SPR Mesir setelah ditangguhkan sehari..Sesungguhnya keputusan yang bakal  diumumkan nanti bakal menentukan nasib rakyat di bumi anbiya' ini,sekiranya Muhd Syafik,calon fulul (pro-Mubarak) menang,pasti nasib umat Islam tidak akan terbela kerana pelbagai janji telah ditaburi seperti hendak menghapuskan sistem al-quran dalam pendidikan walaupun beliau sendiri beragama Islam tetapi jika Dr Muhammad Morsy,calon Ikhwanul Muslimin yang menang,insyaAllah pastinya nasib umat Islam akan terbela dan yang paling penting, pintu sempadan rafah antara Mesir dan Gaza akan dibuka...Makanya pertolongan akan dapat disalurkan untuk menolong rakyat Palestin yang telah lama menderita..insyaAllah
 
     Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar...akhirnya dengan kuasaNya, Dr Muhammad Morsy telah dumumkan memenangi jawatan sebagai presiden Mesir...Sebaik sahaja selapas sahaja pengumuman dibuat,ana terdengar bunyi suara sorakan dari luar rumah dan suasana agak gamat apabila bunyi hon kenderaan kedengaran di luar rumah..Serentak itu juga, berpuluh2 status 'naik'di newsfeed facebook menyatakan kesyukuran dan kegembiraan atas kemenangan calon ikhwanul muslimin tersebut...Semua orang lantas mengucapkan alhamdulillah dan bertakbir sambil mengalirkan air mata terharu...dan terus melakukan sujud syukur...*Alhamdulillah,terima kasih ya Allah kerana telah memelihara bumi Mesir ini..^^,, tanpa pertolonganMu,pasti Dr Morsy tidak akan menang dan pasti martabat Islam akan semakin 'hilang'..*




Rakyat Mesir lantas bertakbir dan memanjatkan doa kesyukuran sambil menangis kegembiraan atas kemenangan calon  pilihan mereka..


Inilah dia wajah presiden ke-2 di dunia yang menghafaz al-quran 30 juzu' selepas PM Palestin,Ismail Haniyyah...
Allahu Allah

Rakyar Mesir yang sedang berhimpun di Medan Tahrir terus melakukan sujud syukur sejurus Dr Morsy diumumkan menang.



Reaksi rakyat Mesir yang sangat gembira,mereka berarak sambil membawa bendera dan gambar Dr Morsy  serta tidak henti2 melaungkan kalimah Allahu Akbar..


         Harapan ana dan semua sahabat2 disini supaya dengan berolehnya kemenangan ini,agama Islam akan kembali tertegak di atas bumi Allah ini.Dan bumi Al-Quds juga akan bebas tidak lama lagi.. Seterusnya pemerintahan Islam bersistemkan khalifah akan kembali berkuasa menggantikan pemerintahan bersistemkan barat..

        Juga peringatan untuk diri ini,kemenangan Islam ini sebenarnya menandakan titik perjuangan kita baru bermula,.Panjang lagi perjalanan yang harus ditempuh.Oleh itu,kita perlulah persiapkan diri kita agar dapat bersama-sama mengharungi cabaran yang bakal mendatang..


#Allahumma,izinkanlah daku untuk merasai kenikmatan hidup di bawah sistem pemerintahan yang berlandaskan Islam yang sebenar2nya..amin ^^,,

Wednesday, 6 June 2012

Erti Kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt,
   
    Alhamdulillah wa syukrulillah kerana AllahYang Maha Pengasih masih lagi memberi kesempatan dan ruang waktu untuk diri yang penuh dengan khilaf dan dosa ini untuk bertaubat serta kembali kepadaNya..Saban hari kita melakukan dosa dan serentak itu juga kita akan memohon keampunannya..Dan perkara seperti ini biasanya berlaku berulang2 kali,kita melakukan dosa,kemudian memohon keampunannya...Astaghfirullahal 'adzim...Laa ilaaha illa anta, subhaanaka inni kuntu minadzzalimin (Tiada Tuhan selain Engkau,Maha Suci Engkau ya Allah,sesungguhnya aku tergolong dalam golongan orang2 yang zalim)..
    Allah Ta'ala telah berfirman dalam surah ali-imran,ayat 135 yang mafhumnya:

"Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri,mereka ingat akan Allah,lalu memohon ampunan terhadap dosa2 mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu ,sedang mereka mengetahui.."

     Allah Ta'ala juga ada berfirman dalam surah an-nisa', ayat 110 yang mafhumnya:

"Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya,kemudian ia memohon ampun kepada Allah,nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.."

Allahu rabbi, sebanyak mana pun dosa kita hatta setinggi gunung sekali pun,sekiranya kita kembali kepadaNya dengan niat untuk bertaubat (dengan syarat kita hendaklah bersungguh2 untuk tidak mahu mengulangi dosa tersebut), pasti Allah akan menerima taubat kita..Sesungguhnya pintu taubat dan rahmatNya sentiasa terbuka luas untuk mereka2 yang mahu kembali mencari keredhaanNya..

      Dan di sini,suka untuk ana katakan bahawa sememangnya bumi Mesir ini merupakan bumi tarbiyah untuk insan2 seperti kami..(perantau di negara orang..huk3) . Bagi ana,di bumi inilah tempat ana belajar tentang erti kehidupan yang sebenarnya sebagai seorang mahasiswa, sahabat, anak, muslimah dan juga sebagai seorang da'ie..Kerana di sinlah ana belajar untuk hidup berdikari tanpa kehadiran keluarga yang tersayang disisi...Mereka yang ada hanyalah sahabat2 seperjuangan yang mempunyai matlamat yang sama,berada di bumi asing ini iaitu untuk menuntut ilmu Allah yang sangat luas,mencari pengalaman,
disamping mencari redhaNya dengan menyebarkan dakwah dan membina ikatan silaturrahim..kerana Mesir adalah 'lubuk ilmu'..

Tujuan kami berada di bumi Mesir ini untuk belajar..
Ya,belajar untuk menjadi pengamal perubatan yang berjaya,
Belajar untuk hidup berdikari dan berfikiran matang,
Belajar untuk menjadi seorang yang penyayang dan penyabar,
Belajar untuk memahami perasaan oran lain,
Belajar untuk menguruskan kewangan seharian,
Belajar untuk sentiasa bersyukur,
Dan yang paling penting,
Belajar untuk menjadi seorang hamba Allah yang sejati.. :)

      Untuk pengetahuan semua,satu perkara yang sangat menyentuh hati ini adalah apabila melihat ramai kanak2 yang berumur dalam lingkungan 8-12 tahun sudah mula bekerja demi mencari sesuap nasi.(Tapi kat mesir ni,diorang tak makan nasi la,tapi makan roti 'isy..hehe ) Jika di Malaysia,kanak2 yang berumur seperti ini,pastinya mereka hanya pandai bermain,tetapi mereka di sini,telah berusaha keras membanting tulang untuk mencari rezeki..Sudah berdikari..MasyaALLAH..Ada yang bekerja sebagai mekanik,kuli di kedai2,tukang pungut sampah,dan bermacam2 pekerjaan lain...ya Allah,sayu hati ini melihat keadaan mereka yang sepatutnya kena pergi ke sekolah untuk mencari ilmu..:'(
Melihat keadaan seperti ini,kita yang dilahirkan di bumi Malaysia sepatutnya mempunyai rasa bersyukur yang sangat tinggi kerana kita tidak dilahirkan dalam keadaan 'penuh kesusahan' seperti mereka disini..Jangan merungut kerana kita tiada itu dan ini..Sesungguhnya jika kita rasa hidup kita ada 'kekurangan' dan tidak lengkap atau tidak cukup,sebenarnya ada ramai lagi yang hidup lebih dhaif dari kita..

Wallahu a'alam..
     

Short-term memory

Bismillahirrahmanirrahim..
       Dengan melafazkan kalimah suci ini,ana memulakan penulisan di sini setelah berbulan2 tidak meng'update'nya berikutan beberapa masalah yang telah berlaku.Alhamdulillah, syukur pada Allah :)
       
       Pada hari ini,ana dan sahabat2 seperjuangan yang lain baru sahaja selesai menduduki kertas Biochemistry untuk final exam 2nd Year tahun ini.Alhamdulillah,memang satu kelegaan dapat ana rasakan setelah selesai menjawab subjek ini kerana bagi ana,subjek ini merupakan antara subjek yang 'killer' dan agak 'tough' berbanding dengan subjek2 yang lain.Terdapat banyak formula yang perlu dihafal dan diingat dalam subjek ini..Sekiranya kita menghafal formula2 ini dengan 'membabi buta' tanpa memahamkannya terlebih dahulu, alamatnya nanti memang akan senang 'confius' dan mudah lupa ketika hendak menjawab soalan.Dan yang paling penting,jangan pula bila sudah last2 minit,baru terkedek2 hendak memahamkan setiap satu 'structure' dan  'reaction' yang berlaku.Sebab bila last2 minit baru kita nak faham,bila pula masa mahu manghafalnya? hurm,penghabisnya semua fakta dalam buku dan nota2 dukturah hanya dibaca sekali lalu sahaja...Dan bila menjawab exam,semuanya hilang..blank..huh!(*ini disebabkan sesuatu yang dihafal dalam jangka masa yang singkat dan tidak diulang berkali2,ianya akan mudah hilang dari kotak memori kita= short term memory*) Jadi, hari ini memang telah mnjadi pengajaran buat diri ana,kerana tidak menggunakan kesempatan yang ada masa suatu masa dahulu untuk 'study' subjek ini dengan baik...:(
   p/s: soalan biochemistry yang keluar dalam exam ni memang 'soalan maut' dan sgt mencabar .Masa yang diberi 3jam,tapi selepas sejam 30 minit,ana dah mula termenung,dan berusaha memerah otak untuk memikirkan jawapan yang perlu ditulis dalam buku jawapan.Allah, ana pandang sekeliling,melihat sahabat2 lain,masing2 ada yang duduk termenung,ada yang nampak resah gelisah dan nampak ketara di raut wajah masing2 'kesukaran' menjawab exam kali ini.
Dan terdetik pula di hati ana, ''sebenarnya soalan ni yang susah ke,atau aku ni yang tak cukup study?''
Tidak mengapalah,perkara yang sudah berlalu,biarlah ia berlalu..sekarang kami kena tambahkan usaha untuk menghadapi paper seterusnya..Mudah2an Allah membantu dan  mempermudahkan segala urusan kami dalam dewan peperiksaan dan dalam kehidupan seharian..insyaALLAH..
 Wallahu a'alam