Salam ukhuwah untuk semua....

sesungguhnya sebagai umat ISLAM,matlamat hidup kita hanyalah satu iaitu mencari keREDHAan ALLAH dalam setiap tindak tanduk kita..tidak kira apa yang kita lakukan,wajiblah mendapat keredhaanNYA...

Monday, 16 July 2012

Jejak Maqam Para Auliya' di Bahnasa


Bismillahirrahmanirrahim...

    Assalamualaikum wbt, alhamdulillahi rabbil 'alamin..Tiadalah sesuatu yang berlaku di dunia ini tanpa izinNya..Pada hari ini, ana dan sahabat2 yang lain telah diberi peluang oleh Allah Ta'ala untuk menjejakkan kaki kami ke tanah yang penuh barakah,iaitu bumi Bahnasa. Bahnasa adalah nama sebuah perkampungan dalam daerah Bani Mazzar yang terletak di dalam muhafazah (negeri/wilayah) El-Menia, iaitu sebuah muhafazah dari 27 buah muhafazah di Mesir..

     Bumi Bahnasa merupakan bumi yang bersemadinya banyak jasad2 para sahabat Rasulullah SAW dan orang2 yang mulia.Terdapat hampir 400 orang pemimpin/tokoh dalam kalangan para sahabat RA yang dikebumikan di sana.Di antaranya ialah:
  -Saidina Ali bin 'Uqail  bin Abi Thalib RA
  -Saidina Ja'afar bin 'Uqail bin Abi Thalib RA
  -Saidina al-Hussain bin Soleh bin al-Hussain bin Ali bin Abi Thalib RA
  -Saidina Ziyad bin Abi Sufyan bin al-Harth bin Abd Mutalib bin al-Abbas bin Abi Lahab

     Di tanah Bahnasa ini juga bersemadinya jasad2 sahabat RA hampir seramai 5000 orang.Ahli sejarah telah menyebutkan bahawa sesungguhnya tidak terdapat para syuhada' di tempat lain selepas bumi Mesir dan Buhaira yang lebih ramai melainkan di bumi Bahnasa. Jika di bumi Madinah al-Munawwarah ,perkuburan baqi' merupakan tempat bersemadinya ramai para syuhada'..tetapi di bumi Mesir pula, wilayah Bahnasa merupakan bumi yang bersemadinya ramai para syuhada'..

     Saidina 'Amru bin al-'Asr RA mengatakan : "Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, " Tidak ada selepas Makkah,Madinah,Baitul Maqdis suatu tempat yang berkat melainkan di bumi Mesir serta lebih banyak keberkatan di bahagian barat.". Kata Saidina 'Amru RA lagi, :"Mudah2an ia (tempat yang banyak keberkatan itu adalah Bahnasa ." Disebabkan ramainya para sahabat RA yang disemadikan di situ.

    Terdapat segolongan ulama' menyebutkan bahawa sesungguhnya sesiapa yang menziarahi bumi Bahnasa dengan hati yang ikhlas,akan dipelihara dengan rahmat Allah Ta'ala hinggalah dia pulang.Dan sesiapa yang menziarahinya, Allah Ta'ala akan membebaskan dia dari kesedihan dan kerunsingan sekiranya dia dalam kesedihan, serta Allah Ta'ala akan menunaikan hajatnya sekiranya dia mempunyai hajat2 tertentu.Di bumi ini juga terdapat beberapa tempat yang mustajab doanya seperti di Majra Hasha dan Majra as-Sail kerana di situ terdapat banyak maqam para syuhada'. Tempat lain yang mustajab doanya adalah :
   -Perkuburan saidina Ziyad bin Abi Sufyan RA
   -Tempat beribadahnya(ma'bad) Nabi Isa AS yang terletak berdekatan perkuburan para syuhada' di kaki  
    bukit.
   -Tempat syahidnya Saidina al-Hussain bin Soleh bin Ali bin Abi Talib RA

Maqam Saidina Ja'afar bin 'Uqail bin Abi Thalib RA

Bumi Bahnasa yang penuh barakah

Ini adalah sungai Bahru Yusufi yang melingkungi bandar ini melahirkan banyak keajaiban.
Diantara keajaibannya adalah:
 1-Dengan keberkatannya yang melimpah-ruah untuk menampung keperluan air di beberapa buah perkampungan dan negeri sekitarnya.Airnya juga bercampur sedikit dengan sungai Nil.
 2-Jika terputus darinya bekalan air tambahan sungai Nil,maka akan terpancut dari sumbernya mata2 air yang banyak hingga menjadi sungai yang sentiasa mengalir deras..
 3-Disitu juga dikebumikan Nabi Yusuf AS.
 4-Ada riwayat mengatakan sungai ini telah dikorek/digali oleh malaikat Jibril dengan sayapnya setelah diarah oleh Allah Ta'ala untuk Nabi Yusuf.
 5- Dengan keberkatan sungai itu juga,ia berpecah ke bumi Fayoum dan menumbuhkan kebun2 dan tanaman pertaian yang banyak , sama ada di musim sejuk atau musim panas.

    Dikisahkan pada zaman Nabi yusuf AS,apabila seorang wanita keluar membawa raga di kepalanya dan melalui kebun2 di pesisiran sungai ini,dia akan pulang dengan bakulnya yang penuh buah2an tanpa perlu memetiknya kerana terlalu banyak.Akan tetapi setelah Bani Israel melakukan maksiat dan mengingkari rasul2 yang diutuskan kepada mereka,nikmat ini ditarik oleh Allah Ta'ala dan mereka dikuasai oleh bangsa 'Amaliqah,Qibti dan Rom hinggalah Allah Ta'ala mengutuskan Nabi Musa AS yang menyelamatkan mereka.

    Selain itu,kami juga turut dibawa menziarahi maqam seorang sahabat wanita iaitu Khaulah al-Azwar.Beliau merupakan seorang sahabat dan telah mengikuti peperangan sebagai jururawat.Namun begitu, beliau teringin sangat untuk menyertai tentera Islam berperang menentang musuh .Oleh itu,beliau telah menyamar dengan memakai pakaian perang dan menyertai barisan tentera Islam yang lain dalam medan pertempuran sehinggalah beliau gugur syahid.Allahu Akbar 3x! Sungguh tinggi semangat jihad dalam diri beliau dan betapa beliau sangat cintakan syahid sehingga sanggup bersama2 berperang menentang musuh..

    Menurut ustaz yang menjadi ketua rombongan kami, orang kristian tidak boleh 'berlama-lama' di tanah barakah ini kerana tanah ini sentiasa dalam peliharaan Allah..

Wallahu a'alam.

p/s : -Ramadhan akan tiba 3 hari sahaja lagi...mari kita teruskan berdoa 'Allahumma bariklana fi sya'ban wa ballighna ramadhan'..ameen
      - mudah2an kita akan hadapi Ramadhan dengan hati yang bersih..insyaAllah

Thursday, 12 July 2012

Jangan dilepaskan peluang untuk bertaubat

Bismillahirrahmanirrahim...

  Pagi ini,sebaik sahaja mencelikkan mata, pantas aku mengerling ke jendela melihat luar..Mata menjadi sedikit silau kerana menerima biasan cahaya dari luar menandakan matahari telah pun terbit.Ketika itu,apa yang muncul di fikiran hanyalah 'Allah,solat subuh'..Ya,aku belum menunaikan solat lagi.. Sepantas kilat terus aku bangkit dan bergegas ke bilik air untuk mengambil wudhu'..Lantas tanpa berlengah terus mengerjakan kewajipan tersebut..Dalam hati tidak berhenti2 mengucapkan istighfar,memohon keampunanNya kerana terlewat melaksanakan perintahNya..Astaghfirullahal 'adzim..La ilaha illa anta,subhanaka inni kuntu minadz-dzolimin..

    Usai menunaikan solat,aku duduk berteleku di atas tikar sejadah..Mengimbau kembali dosa2 yang telah ku lakukan..Allahu Rabbi,sungguh banyak dosaku padaMu..Sungguh,aku adalah seorang pendosa! Aku malu kepadaMu,kerana aku sering kali memohon ampun,tetapi aku juga sering mengulang kesalahan yang sama..Ampunilah aku wahai Allah..Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang..

     Aku masih duduk sambil mengulang2 istighfar...Tatkala itu,kata2 seorang ustaz menerjah di fikiranku.. "Allah menghidupkan kita pada hari ini adalah kerana kita ini banyak melakukan dosa.Dia memberi peluang kepada kita untuk bertaubat dan kembali ke jalanNya..." Air mataku gugur..Sebak kerana masih diberi nyawa untuk hidup seterusnya membersihkan dosa2 yang lalu..ya Allah..terima kasih kerana masih memberi peluang kepada hamba yang hina ini untuk bertaubat..Alhamdulillah :') Cuba bayangkan jika nyawa kita ditarik,tetapi kita belum menunaikan solat lagi. Pastinya kita akan mati dalam keadaan su'ul khatimah *na'udzubillah min dzalik*


   Oleh itu,apa yang perlu dilakukan adalah gunakan kesempatan waktu yang telah dikurniakan oleh Allah ini bagi memohon keampunanNya..Dan jadikanlah hari2 yang baru itu lebih baik dari hari sebelumnya.. Selagi nyawa belum ditarik malaikat Izrail dan selagi matahari belum terbit di sebelah barat, janganlah dilepaskan peluang untuk bertaubat ..Mohonlah ampun kepada Allah dengan sebanyak2nya..sesungguhnya kita hidup di dunia ini tidak lama Sampai suatu masa,kita akan mati juga..Dan bertemu Allah 'Azza Wa Jalla..


Wallahu a'alam
p/s: Selalulah berdoa supaya Allah tidak matikan kita sebelum kita memperolehi redhaNya..