Assalamualaikum wbt..
Pertama2nya ana nak ucapkan alhamdulillah,kerana hari ini ,13julai,pada pukul 11pagi(waktu Mesir),ana dan sahabat2 dengan rasminya telah selesai menduduki final exam..huhu..hati ni memang gembira kerana perjuangan kami selama sebulan lebih yang bermula dari 11jun,telah pun berakhir tadi...alhamdulillah..=)
dan sekarang hanya tinggal masa untuk berdoa dan bertawakkal ..mudah2an walau apa pun natijah yang bakal kami perolehi,ia adalah yang terbaik buat kami...amin~
Dan sepanjang dalam musim peperiksaan,bermacam ujian dan cabaran yang telah ana dan sahabat2 tempuhi..ya,sememangnya setiap ujian itu datang daripada ALLAH..sesungguhnya DIA mahu menguji sejauh mana tahap keimanan kita kepadaNYA..sebagaimana firman ALLAH dalam al-quran,surah al-ankabut,ayat2:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan(saja) mengatakan, 'kami telah beriman',sedang mereka tidak diuji lagi?"
Sebagai manusia biasa,ana menganggap ujian2 ini adalah untuk mematangkan diri dan mengajar ana erti kehidupan yang sebenarnya..mungkin dengan ujian tersebut,ana akan menjadi lebih kuat untuk menghadapi cabaran yang lebih besar pada masa hadapan..
Sesungguhnya telah tercatat dalam surah al-baqarah,ayat 286 yang bermaksud : "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..."
Pernah dalam minggu kedua exam,rumah kami terputus bekalan air semalaman..huhu...sehingga ana dan ahli bait2 yang lain terpaksa menumpang di rumah kawan untuk membersihkan diri..^_^ hehe..
sabar je la,time tu baru ana terasa betapa berharganya setiap titis air yang mengalir di sinki dapur rumah kami yang loose paipnya...sebab nak ambil wudhu' pun,kami tak de bekalan air yang betul2 bersih dan suci..memang haru~
Pada minggu keempat pula,ana dan 2 sahabat pergi ke 'gawazat'(kalau kat Malaysia,kita panggil Imigresen) sebab nak ambil visa..huhu..yang tensionnya,kami sampai pukul 8.45pagi,tapi kami balik pukul 11.45pagi...semua ni sebab pegawai tu postpone sekejap passport kami disebabkan kami tersilap bagi salinan surat tawaran universiti...jadi,kami terpaksa tunggu dia settlekan dulu semua visa orang lain sebelum siapkan visa kami(orang yang datang lambat dari kitorang pun,visanya siap dulu..aish..) haru betul~
Selain itu,ana juga tidak terlepas daripada mengalami ujian dalam persahabatan.bak kata pepatah melayu,sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula suami isteri..perkara ini memang menyedihkan tetapi ana sedar terdapat hikmah yang besar disebaliknya...dan ana juga sedar bukan sebenarnya senang untuk menjaga hati orang..
Tetapi walau pelbagai dugaan menimpa,alhamdulillah ana telah melaluinya dengan baik..semoga ALLAH mengampuni dosa2 dan merahmati diri ini di dunia dan akhirat..
Pertama2nya ana nak ucapkan alhamdulillah,kerana hari ini ,13julai,pada pukul 11pagi(waktu Mesir),ana dan sahabat2 dengan rasminya telah selesai menduduki final exam..huhu..hati ni memang gembira kerana perjuangan kami selama sebulan lebih yang bermula dari 11jun,telah pun berakhir tadi...alhamdulillah..=)
dan sekarang hanya tinggal masa untuk berdoa dan bertawakkal ..mudah2an walau apa pun natijah yang bakal kami perolehi,ia adalah yang terbaik buat kami...amin~
Dan sepanjang dalam musim peperiksaan,bermacam ujian dan cabaran yang telah ana dan sahabat2 tempuhi..ya,sememangnya setiap ujian itu datang daripada ALLAH..sesungguhnya DIA mahu menguji sejauh mana tahap keimanan kita kepadaNYA..sebagaimana firman ALLAH dalam al-quran,surah al-ankabut,ayat2:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan(saja) mengatakan, 'kami telah beriman',sedang mereka tidak diuji lagi?"
Sabar itu adalah separuh daripada iman. |
Sesungguhnya telah tercatat dalam surah al-baqarah,ayat 286 yang bermaksud : "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..."
Pernah dalam minggu kedua exam,rumah kami terputus bekalan air semalaman..huhu...sehingga ana dan ahli bait2 yang lain terpaksa menumpang di rumah kawan untuk membersihkan diri..^_^ hehe..
sabar je la,time tu baru ana terasa betapa berharganya setiap titis air yang mengalir di sinki dapur rumah kami yang loose paipnya...sebab nak ambil wudhu' pun,kami tak de bekalan air yang betul2 bersih dan suci..memang haru~
Pada minggu keempat pula,ana dan 2 sahabat pergi ke 'gawazat'(kalau kat Malaysia,kita panggil Imigresen) sebab nak ambil visa..huhu..yang tensionnya,kami sampai pukul 8.45pagi,tapi kami balik pukul 11.45pagi...semua ni sebab pegawai tu postpone sekejap passport kami disebabkan kami tersilap bagi salinan surat tawaran universiti...jadi,kami terpaksa tunggu dia settlekan dulu semua visa orang lain sebelum siapkan visa kami(orang yang datang lambat dari kitorang pun,visanya siap dulu..aish..) haru betul~
Selain itu,ana juga tidak terlepas daripada mengalami ujian dalam persahabatan.bak kata pepatah melayu,sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula suami isteri..perkara ini memang menyedihkan tetapi ana sedar terdapat hikmah yang besar disebaliknya...dan ana juga sedar bukan sebenarnya senang untuk menjaga hati orang..
Uhibbuki fillah abadan abada. |
sekian,wallahu a'alam.